berita

Amat Memilukan..Kerap Mengigau Masa Tidur, Anak Mangsa Nahas Duke Sambut Syawal Tanpa Ibu Bapa

July 8th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

firuza-amira-firuza-akila

Kemalangan di jalan Duke yang meragut nyawa pasangan suami isteri dan seorang bayi perempuan 2 Mei lalu ternyata memberi kesan mendalam kepada anak sulung mangsa, adik Nur Firuza Amira Fairuz Nizam yang berumur 7 tahun ini.

Bapanya Fairuz Nizam Husain, 35 dan ibunya Nova Safitri Azhari, 25 bersama adik bongsunya Nur Firuza Anissa yang baru berusia 7 bulan merupakan mangsa nahas maut yang membabitkan 3 kenderaan Perodua Myvi mendapat perhatian orang ramai sebelum ini.

Sehingga sekarang ia masih menjadi igauan kepada adik Firuza Amira yang kini terpaksa menyambut Aidilfitri hanya dengan adiknya, Nur Firuza Aqila yang baru berumur 4 tahun.

Lebih menyedihkan lagi apabila adik Firuza Amira kerap mengigau dan terbawa-bawa bayangan insiden yang menimpa ibu bapa dan adik perempuannya itu di dalam tidurnya.

Amira Akan Panggil Papa Dan Mama Ketika Tidur

FiruzaAmira

Menerusi Harian Metro semalam, Ibu saudara mereka, Izzat Hasif, 30, berkata, lebih menyedihkan adik Firuza Amira selalu mengigau dan terbawa-bawa bayangan insiden yang menimpa ibu bapa dan adik perempuannya itu dalam tidurnya.

Amira (Nur Firuza Amira) akan memanggil papa dan mama ketika tidur. Sebak saya mendengar apabila Amira menyebut nama arwah, saya berharap dia tabah menghadapi dugaan ini,” katanya kepada Bernama.

Izzat berkata, keadaan kedua-dua beradik berada dalam keadaan baik dan sihat.

Kebajikan Dan Keperluan Mereka Terjaga

DUKE

Tambahnya Amira dan adiknya kini diletakkan di bawah jagaan ibu saudara mereka iaitu Yusnida Wan Hussain, kakak kepada arwah Fairuz Nizam dan mereka dijaga di rumah nenek mereka di Taman Batu Muda, Gombak.

Selain itu, segala kebajikan dan keperluan persekolahan Amira dijaga dengan baik dan diuruskan oleh ibu saudara mereka.

Dari segi pergaulan Amira dengan keluarga dan rakan-rakannya di sekolah tiada masalah dan berjalan lancar, jika tidak sebelum ini dia banyak mendiamkan diri, katanya.

Perjalanan kehidupan dua kanak-kanak itu masih banyak likunya selain mereka kehilangan tempat berteduh.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×