Laman Utama » Berita Terkini

Selepas drama “Santau Merasuk” menutup tirai, nantikan kemunculan drama bersiri terbaru slot SERAM, “AMUKAN POCONG” terbitan Padi Pictures Sdn Bhd yang akan mula bersiaran pada 15 Mac 2012, setiap hari Khamis jam 9.30malam, di TV3. Drama mengisahkan Long Husin, seorang kaki judi dan 2 orang rakannya yang sanggup melakukan apa sahaja demi memenangi pertaruhan terbesar termasuklah menjalankan upacara ilmu hitam selepas berjumpa dengan bomoh Siam.
Walaupun berjaya mendapat habuan besar pertaruhan, namun tindakan mereka juga telah membangkitkan pocong yang kini berkeliaran ganas dan menuntut darah 13 gadis sunti seperti yang telah dijanjikan sebelum ini. Lebih tragis, tidak lama kemudian Long Husin sendiri terbunuh dan ilmu hitam yang telah memakan diri menyebabkan jasad dan rohnya tidak aman sehinggakan terpaksa menanggung akibat menjadi pocong yang digeruni semua penduduk kampung.
Mala bermula kisah ngeri Long Husin yang kini harus mencari dan membunuh 13 gadis sunti untuk melunaskan janji yang pernah dibuat dengan syaitan akibat dorongan perasaan tamak haloba. Siapakah yang bakal menjadi mangsa amukan si pocong dan siapa pula yang berjaya menumpaskan kuasa ilmu hitam ini?
Menurut Puan Nurul Aini Abu Bakar, Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 & TV9, “Sebenarnya ramai kalangan masyarakat bukan sahaja Cina dan India, malahan kaum Melayu sendiri sudah didedahkan dengan aktiviti berunsur judi seperti permainan tikam-tikam, seterusnya permainan komputer dan video dari zaman kanak-kanak sehinggakan apabila mencecah remaja mereka sudah biasa dengan perkara itu. Apa yang dikesalkan, orang kita tidak berfikir panjang tentang dosa dan akibat buruk yang timbul, tetapi lebih mementingkan wang ringgit sehingga sanggup mengadaikan maruah orang lain dan keluarga sendiri.”
“AMUKAN POCONG” menampilkan pelakon-pelakon hebat seperti Azhan Rani, Ezany, Iqram Dinzly, Elly Mazlin, Nabila Huda, Neelofa, Namron, Sharifah Sakinah, Izara Aisyah, Siti Elizad, Faralyna Idris dan ramai lagi.





ntah ape2 skrg nih.asyik cite seram yang xmengembangkan minda.rosak jiwa/akidah dan sgala macam sbb cite KHURAFAT cm nih!!
Azyanie: mcm mane nk brkembang kalo ade pemikiran mcm u??ape yg khurafat..sinopsis citer tu pun da bg taw kalo org brjudi bagai akan trjadi prkara mcm 2…pngajaran jgn brjudi mungkin bleh dikaitkan mcm citer mcm ni..wallahuallam..kite pun x bleh prcaya ngn citer ni..mungkin skadar pengajaran…citer hollywood yg lebih dr khurafat tu pun tyangkan juga kt
Malaysia..yg tgk???org kita gak….just tgk jela..nape perlu nk trikot..masing2 ade akal boleh brfikir ngn waras..wallahuallam..tgk 4 fun..dats all..
ada jugak yg backing..patutlah industri mzik dgn filem jadi camni
jadi ape???sape lagi nk backing kalo x rakyat sendiri…this is just dramala..kalo ade akal gunalah dengan sewarasnye fikir dengan sedalamnya..kalo rase anda xwaras pk la semua citer khurafat..itu baru betol..cerita xtayang lagi..jgn nk komen bnyak2..
kah kah kah… kesian latip borgiba kat belakang tu…
saya suka pelakon lelaki tua yg janggut putih,tu pelakon penderka yang popular dulu ngan raja azura n rusdi ramli.x pernah pun dia dapat award
ptg balik sek x pernah miss tgk ceta tu.
pengarah kat malaysia ni dah takde idea dah ke..asyik2 berunsurkan seram je..ingat penonton bangang cam diorang kot
tu slot seram kat tv3..haruslah tayang citer seram..xkan nak tayang citer hikayat kot..kalo xnak rase diri tu BANGANG,jgn tgk..SIMPLE!! faham x?? kalo x faham..g masuk sekolah balik..