berita

Anak Busy Dengan Smartphone? Ajak Mereka Buat 7 Aktiviti Yang Lebih Thrill & Menyihatkan Ini!

December 23rd, 2015 | by Noraniza
Make-It-Senang

new

Ingatkan masa cuti sekolah macamni, bolehlah nak menghabiskan masa berkualiti dengan anak-anak. Dek kerana itu, si ayah dan si ibu ambil cuti tahunan untuk luangkan masa bersama anak-anak.

Namun, ternyata jangkaan mereka meleset apabila lepas je bangun tidur, anak-anak sibuk main smartphone masing-masing. Eh, tak boleh jadi ni. Kena cari jalan untuk alih perhatian mereka daripada smartphone dan dedahkan cara hidup yang lebih sihat!

Ambil sarapan yang memberi tenaga!

Screen Shot 2015-12-21 at 12.09.48 PM

Sebelum memulakan apa-apa aktiviti, kenalah didik anak korang untuk ambil sarapan. Bukan sahaja kanak-kanak, tapi kami percaya orang dewasa juga memerlukan sarapan yang berkhasiat dan memberi tenaga untuk menjalani rutin seharian.

Antara cadangan kami adalah dengan mengambil secawan MILO® bersama roti bakar atau sandwich. Percaya atau tidak, dengan menu sarapan macamtu, perut akan maintain kenyang!

Dah ambil sarapan? Okay, sekarang kita boleh proceed dengan senarai aktiviti trill dan menyihatkan untuk korang buat dengan anak-anak di musim cuti sekolah ini!

1) Rock Climbing

Screen Shot 2015-12-21 at 1.48.10 PM

Lokasi: Camp 5 Climbing Gym, One Utama, Damansara Utama.

Harga : Dewasa RM 33, Pelajar RM 22 , Remaja RM 16 dan percuma untuk kanak-kanak bawah 8 tahun ( harga ahli)

Biasanya kalau pergi One Utama mesti terfikir nak shopping kan? No! Kali ni apakata bawa anak-anak menjengah Cap 5 Climbing Gym di mana korang boleh juga bakar-bakar lemak tebal di samping mengeratkan silaturahim dengan anak-anak.

2) Jump Aerobics/ Dodgeball

Screen Shot 2015-12-21 at 12.27.16 PM

Lokasi: Jumpstreet PJ

Harga : Bermula daripada RM22 per pax (off peak)

Wah, seronoknya dapat lompat sana-sini kan. Well, untuk pengetahuan korang, jumpstreet bukan ada dekat Petaling Jaya sahaja, malah ada di Penang dan tak lama lagi khabarnya akan dibuka di Johor Bahru.

3) Paintball

paintball

Lokasi :Putrajaya

Harga : Bermula daripada RM 50 per pax (bergantung pada jenis pakej)

Ha.. ni memang lasak lah kan! disarankan untuk bawa anak-anak yang dah besar sikit. janganlah pergi bawa anak yang masih bersekolah tadika pula! Tapi, memang thrill bila dapat tembak-tembak orang kan. Cuma, bila dah balik tu mesti badn berbekas-bekas.

4) Go Kart

Screen Shot 2015-12-21 at 12.30.28 PM

Lokasi: Kart X, Subang

Harga : RM 100- RM160 per pax ( bergantung pada jenis litar)

Wah! kami rasa anak anda pasti teruja bila dapat racing go kart kan? Well, mana tahu nanti bila dah besar mampu jadi pelumba go kart pula!

5) Swimming

swimming girl

 

Lokasi: Stadium Shah Alam

Bayaran Masuk :Dewasa (RM3.70), Kanak -Kanak (RM4.70), OKU/Warga Emas (RM1.60)

Buat yang tak tahu, sebenarnya swimming boleh membakar lemak lebih banyak daripada aktiviti sukan yang lain. Malah, ia lebih bagus untuk kanak-kanak belajar swimming untuk keselamatan mereka kan.

6) Drift Trikes

drift trikes kids

Lokasi : Taman Rimba Alam Putrajaya
Harga : n/a hubungi Kelab Sukan Putra Drift Trike

Ada beberapa lokasi permainan Drift Trike yang menjadi medan beradu kelajuan dan mencabar adrenalin di Malaysia seperti di Taman Rimba Alam Putrajaya, Bukit Jugra dan Kuala Kubu Baru, Selangor; Cameron Highlands dan Bukit Fraser, Pahang; Gunung Raya, Langkawi serta Bukit Banang, Batu Pahat, Johor.

7) Water Rafting

kids rafting

 

Lokasi : Sungai Slim

Harga: RM 180 kanak-kanak & dewasa

Aktiviti water rafting ni memang thrill habis!  Tapi, ianya lebih sesuai untuk dilakukan bersama anak-anak yang dah besar sikit ya! Lepas buat water rafting, bolehlah mandi-manda di sungai yang sejuk tu!
Menarikkan? Kami yakin anak korang pun akan lebih seronok untuk buat 7 aktiviti ini berbanding asyik bermain smartphone je! Malah, kami pasti mereka akan teruja untuk bercerita akviti yang dilakukan bersama keluarga kepada kawan-kawan bila masuk sekolah semula nanti!
milo 1
The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×