berita

Anak Lebih Suka Ikut Kawan – Ibu Bapa Mengadu Renggang Dengan Anak & Jawapan Ustaz Ini…

October 5th, 2016 | by Arini Saleh
Kini Trending

ustaz-khailil

Ramai ibu bapa hari ini terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan masing-masing sehingga lupa akan tanggungjawab mendidik anak-anak. Pagi-pagi selepas subuh sudah keluar bekerja dan pulang ke rumah apabila sudah malam.

Malahan ramai ibu bapa sekarang ini dilihat memilih untuk ‘suap’ anak dengan gadjet berbanding meluangkan ‘quality time’ bersama. Lelaki ini kongsi pengalaman melihat anak kecil berusaha mendapat perhatian ibu ayah, namun apa yang terjadi sungguh menyedihkan. Tak mustahil apabila besar anak-anak juga menjarakkan diri kerana…

Mak marah anak supaya duduk diam

8a86

(Sekadar gambar hiasan)

Pernah sekali on the way nak ke program Johor Bharu. Berenti basuh muka ngantuk di rnr. Terserempak dengan satu keluarga suami isteri dengan anak umur dalam baya anak saya 2 tahun. Sy tengok mak sibuk ngan hp. Tekun tengok hp. Ayah pulak sibuk call. Anak dia datang kat mak. Pegang peha. Mak tadi tolak tangan anak ke arah ayah. Anak ke ayah. Ayah pulak buat isyarat diam kat anak. Anak tadi pergi kat mak. Mak pulak marah anak suruh duduk diam-diam marah anak. Mak teruskan senyum di hp.

Dalam hati saya kata. YaAllah. Apa yang kau nak ajar saya sebagai seorang ayah. Sedihnya lihat anak tadi. Langsung tak dihiraukan. Saya fikir depan orang ramai pun mereka buat begitu macamana lah kat rumah mereka. Kesian kadang2 tengok anak2 rasa diri terbiar dari kecik lagi. Sedar tak sedar anak dah besar nanti.

Ini ke punca anak-anak hari ini lari dari rumah?

shutterstock_166235003

(Sekadar gambar hiasan)

Kadang2 saya menangis masa ceramah depan anak yatim. Sebab sebak mereka tak diminta utk takde mak ayah. Tapi Allah buat begitu utk uji mereka. Mereka kesian tak dapat kasih syg ayah mak mereka. Ada yg kehilangan mak ayah dari kecik lagi. Tapi ada juga anak2 yg ada mak ayah di sisi tapi seperti tak ada mak ayah di sisi mereka. Mak ayah sibuk dengan hp. Sibuk dengan whatsapp facebook. YaAllah ampuni kami.

Kadang2 saya fikir.. Ini ke punca anak2 hari ni lari dari rumah.. Tak suka duduk rumah.. Mak ayah ngadu ngan saya anak saya 16 tahun tapi dah tak nak bercakap ngan saya.. Sibuk ngan kawan.. Saya pergi mana2 pun anak sy dah tak nak ikut.. Saya tak faham kenapa mak ayah ngadu ngan saya.. Bukan sorang.. Semua mak ayah ada masalah yg sama hari ni.. Saya rasa kalau lah dari anak kita kecik kita bagi kasih syg sempurna.. Setiap kali anak kita tanya.. Kita jawab dan pandang wajah mereka.. Setiap kali dia panggil.. Ayah…. Ayah.. Kita jawab dengan penuh kasih syg.. Ya anak ayahh… Yaaa sygg.. Anak ayah… Bercerita dengan mereka.. Saya rasa tak akan berlaku masalah seperti di atas hari ni.. Hari ni mak ayah sanggup bagi anak ipad.. Hp supaya kita tak nak diganggu.. YaAllah ampuni kami..

Hari ini kita lebih suka bercerita dengan handphone

Ingat saya masa kecik2 dulu.. Tiap malam saya akan dudk dekat ngan ayah.. Ayah akan cerita begitu susah nya atok nenek dulu.. Sebab atok nenek tak belajar betul2.. Ayah cerita ayah tak belajar tinggi sebab tu ayah kerja nelayan.. Adik jngan jadi macam ayah.. Belajar betul2.. Ayah suka bercerita ngan saya dulu masa kecik2.. Sampai sekarnag saya ingat.. Banyak sy dapat belajar cara ayah didik saya..Malang hari ni kita tak suka bercerita ngan anak2 tapi kita lebih suka bercerita dengan hp.. Senyum kat hp.. YaAllah.. Banyak saya belajar dengan orang keliling sy supaya saya tak buat dengan anak dan isteri saya.. Kalau sy pergi ceramah mana2 saya rasa cepat2 nak balik rumah sebab nak cerita apa yg berlaku dengan isteri saya.. Isteri sy suka dengar cerita sy.. Sebab sy bercerita jenis beriya.. Haha..

YaAllah jadikanlah kami ibu ayah terbaik., ibu ayah yg dapat bagi masa berbual dan didik anak kami.. YaAllah ampuni kesilapan kami selama ini.. Amiiin

Share dan tag suami isteri kita untuk manfaat bersama.. Kita kena mengaku kesalahan kita dan rendah kan ego kita untuk jadi mak ayah terbaik..

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak

#storyustaztido

sumber: Khailil Razak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×