berita

Anak Lelaki Amar Asyraf Jadi MasterChef Junior. Comelnya!

July 16th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

aMAR1

Kami perasan, dah jadi trend pula bila nak kahwin, bakal pengantin lelaki akan buat bachelor party, yang wanita bridal shower, ketika mengandung, buat baby shower, sampailah dah selamat melahirkan, pasti tak terlepas buat photoshoot anak.

Rasanya pasti ramai yang dah tahu bahawa hero drama ‘Setia Hujung Nyawa’ iaitu Amar Asyraf telah selamat bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki yang sangat comel.

Seperti pasangan selebriti lain, Amar juga tak tertinggal dari merakamkan saat-saat manis diawal kelahiran anaknya yang bernama Amar Taufiq Bin Amar Asyraf ini.

Screen Shot 2014-07-15 at 11.59.31 PM

Melalui instagram milik Amar, dia telah memuat naik hasil photoshoot anaknya. Geram pula kami melihat aksi comel baby Taufiq ini.

Mana taknya, wajahnya yang mulus dengan aksi yang bersahaja sudah cukup menambat hati dan membuat kami tersenyum pagi ini. Nampaknya team Camora Arts Photography berjaya merakam aksi si manja ini dengan baik sekali.

Lebih mencuit hati adalah kapsyen yang ditulis oleh Amar yang kononnya sedang menunggu anaknya itu memasak menu berbuka puasa. Haih, macam-macam ragam kan?

Kalau nak tahu, ketika sesi fotografi ini, Taufiq baru berusia 6 hari tau! Kecil-kecil dah pandai posing! Hehe. Apapun, jom intai sikit aksi-aksi comel Amar Taufiq ni. Pasti dapat membuatkan mood anda bertambah baik!

Kredit Foto : Instagram Amar Asyraf

SKIP THIS AD ×