berita

Anak Nurul Wahab Dapat 8A PMR

December 19th, 2013 | by Yusmirnadia | 17 comments
Kini Trending

Anak Nurul Wahab Dapat 8A PMR

Seperti yang umum tahu, hari ini merupakan tarikh penting buat para pelajar tingkatan tiga untuk mengetahui keputusan peperiksaan PMR masing-masing.

Sebagai seorang ibu kepada anak gadis yang turut menduduki peperiksaan tersebut tempoh hari, hari ini juga merupakan hari terpenting dan salah satu hari bahagia buat Nurul Wahab.

Masakan tidak, anak tunggalnya bersama Ajai yang dikenali sebagai Ayu telah berjaya mendapat 8A di dalam PMR.

Anak Nurul Wahab Dapat 8A PMR

Berita itu telah dikongsikan oleh Nurul sendiri menerusi laman Instagram dan Twitter miliknya kerana terlampau gembira dan berbangga dengan pencapaian anaknya itu.

Anak Nurul Wahab Dapat 8A PMR

Kejayaan ini sekaligus membuktikan anak selebriti juga boleh mendapat keputusan yang cemerlang dan dakwaan mengenai mereka hanya pandai menumpang populariti dari ibu dan bapa sahaja hanyalah mitos semata-mata.

Mungkinkah Nurul akan menghadiahkan sebuah kereta kepada Ayu sebagai hadiah seperti yang diterima oleh pelajar cemerlang UPSR sebelum ini?

Apapun jom tengok foto-foto Nurul dan Ayu di bawah ini.

Kredit foto: Instagram Nurul Wahab

17 Comments

  1. banana says:

    dapat 8A pun jd berita..

    (0)
    • lorrr./// says:

      xkan lah wartawan nak cr ko utk wat berita dpt 1A je?? benda seronok nak share…pk lah positive, ni negative je…mesti muka kusam ni…kan kan kan kan ???

      (1)
    • bananana loooserrrr!!!!! says:

      Ni dunia artis kalo xnak baca xyah komen bodoh macam ni…anak ko ada ke blh dapat sampai 8A????
      Memang la ramai lagi bebudak kat luar sana yg dapat semua A tapi xramai anak artis @ artis2 yg ambik SPM dapat A semua, bila tanya suka dolak dalih…ko paham!!!

      (0)
    • mak jemah says:

      sebagai mak bapak mesti bangga anak dapat semua A,tak kira la UPSR atau PMR. kalau anak ko dapat A banyak atau atau sikit pun ko mesti bangga jugak.

      (0)
  2. ciku says:

    intelligent!!

    (0)
    • mia says:

      UPDATE – Anak Hattan pun dapat 8A..

      anak nurul ni memang bijak. dia sekolah kat Sekolah Tun Fatimah (STF) kat Johor Bharu. STF ni sama mcm Kolej Tunku Kurshiah.. hanya pelajar2 cemerlang saja boleh masuk..
      tabik la kat Ayu Nazirah ni.. even mak bpk dia dh ada family masing2 tp tetap boleh berjaya dlm pelajaran.. harap terus merendah diri la..

      (0)
  3. Usin lempoyang says:

    Anak Nurul n Ajai ni mmg genius! kt skolah rendah exam asyik dpt no.1 dlm kelas… UPSR dpt 5A’s dan PMR 8A’s… Congratz Nurul n Ajai~

    (0)
  4. Green Apple says:

    Tahniah nurul& ajai !

    (0)
  5. Usin lempoyang says:

    Tunggu anak Dato’ Hattan jer ni… anak dia pon genius jgk! dulu UPSR satu skolah ngan anak Nurul ni dpt 5A’s

    (0)
  6. ibu says:

    tahniah…sama sekolah dgn anak saya. dah besar mesti lawa ayu nazeerah ni

    (0)
  7. ADAMAYA says:

    Anak Datuk Hattan pun dapat 8A.

    (0)
  8. olga attention seeker bitch says:

    Tahniah ayu Nazeerah !!!! blajar pandai2 semoga cermerlang di dunia dan di akhirat !!! jgn jadi mcm Olga murtad, tekanan jiwa, kurang kaseh sayang ,mak bapak sebab tu meroyan bertahun2 !!!

    (0)
  9. cik kiah says:

    ank aku x ckup 1A je cz ank nurul da kebas
    thniah

    (0)
  10. Congrat says:

    Anak aku sekolah biasa biasa aje pun straight 9A PMR

    (0)