Anak Wayang – Program Realiti Mencari Bakat Baru Pelakon

Anak Wayang – Program Realiti Mencari Bakat Baru Pelakon

Dikemaskini oleh M pada March 26th, 2009
General 58 Respon

Setelah kita di’hujani dengan pelbagai program realiti berkonsepkan nyanyian, akhirnya Astro mewujudkan program realiti Anak Wayang yang bertujuan untuk mencari bakat baru pelakon tanah air. Projek terbaru Astro yang disifatkan antara yang termahal ini akan mula bersiaran sejurus selepas Akademi Fantasia ke-7 (AF7) tamat iaitu pada 22 Mei 2009. Konsep pertandingan yang di’dukung oleh 2 saluran popular iaitu Astro Ria dan Astro Prima. Program ini di’hoskan pelakon popular Rusdi Ramli dan Fazura. Satu pembaharuan yang menarik di’lakukan oleh Astro untuk menyemarakkan lagi dunia hiburan tanah air.

Peserta bakal bersaing di’ Astro Ria dengan memegang salah satu watak yang terdiri daripada jururawat, mekanik, pengelola majlis, gangster dan setiausaha. Mana-mana peserta yang berjaya dapat melayakkan diri berlakon dalam drama bersiri 50 episod berjudul Kecuali Cintamu yang akan di’tayangkan di Astro Prima.

Seperti biasa, nasib peserta peserta ini akan di’tentukan oleh undian Khidmat Pesanan Ringkas (SMS), dan hanya 2 peserta yang mempunyai undian tertinggi dapat mara ke episod seterus’nya.

Bagi mencari 25 bakat untuk bertanding, ujibakat bakal di’adakan di’Grand Paragon Hotel, Johor Bahru pada 4 & 5 April, Bayview Hotel, Pinang (11 & 12 April) dan Shah Alam City Centre, Shah Alam (18 & 19 April).

Pertandingan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur di’antara 18 hingga 35 tahun dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak syarikat produksi drama mahupun pengurusan artis. Mereka yang berminat hanya perlu datang uji bakat dengan membawa salinan kad pengenalan serta dua keping gambar berukuran 4R (gambar profil dan paras pinggang). Sesi uji bakat pada tarikh berkenaan akan di’buka dari jam 9 pagi hingga 1 petang.

Kredit berita Astro Mula Mencari Anak Wayang

Blog Widget by LinkWithin

58 Respon

Respon dari Pembaca OHBULAN!

  1. Hmmm, something different this time.

    Respon kepada pizza
  2. DAH N LA PLAK..X D MENDA LEN LG PEKDAH KE..CR USTAZ KE HAHAHA

    Respon kepada chenta e niya..
  3. tu la..skang ni dunia da akhir zaman,dunia realiti lebih penting.astro ni nk kasi org lalai agaknye..

    Respon kepada faten
  4. lipas dikipas March 26, 2009, 10:46 am

    wah aku no4..huhu pes time

    Respon kepada lipas dikipas
  5. terlalu byk program bercorak hiburan dkt tv. Ini salah satu propaganda yahudi utk melalaikan anak2 islam melalui hiburan. Bila ada yg dah terleka, senang utk mereka masuk dan mengembangkan mcm2 idealogi barat yg menyesatkan.

    Respon kepada MISS CAPRIC
    • majoriti program yg mgarut ni anak mlayu yg ramai, org UMNO sibuk duk jaja maruah mlayu, yg hancurnya org mlayu, …………

      Respon kepada Pemuda PAS
    • skrg ni kita kecelaruan politik negara yg sgt bermasalah. Aku bukan fanatik mna2 parti. Tp apa yg aku tengok, byk rancangan hiburan di tayangkan mmg utk melalaikan. Supaya ank muda terus leka dgn angan2 dan hanyut terus dari memikirkan hal2 yg lebih penting. Bila leka, takde le ank2 muda yang bangkit mencampuri hal2 busuk yang di buat sesetengah puak. Sbb itu kita terus dihidangkan dgn mcm2 reliti entertainment yg dibawa masuk dan dicedok dari barat. Secara halus tanpa sedar sebenarnya otak kita telah dijajah. Dgn program2 mcm nie ler. Duit habis sbb mengundi lg.. Program Melayu yg menghancurkan. MELAYU BOLEH.

      Respon kepada MISS CAPRIC
  6. Alamak, datang lg satu bala metaka kt mesia ni……….

    Respon kepada Pak Aji Bini 3 + 1
  7. ASTRO sentiasa cetuskan realiti show yang baru…..

    Respon kepada hazman aka species1980
  8. yg pelik nyer..org tua pun nk masok gak program2 realiti ni..ish5x…

    Respon kepada faten
  9. nak masuk ujibakat la… bole jumpe fajura..yehaaaaaaaaa

    Respon kepada putri kuku..
  10. tak bleh aku join ni….klu program realiti cr pelakon porno best gak

    Respon kepada metal13
  11. tgkla saper yg jadi bos astro.kaum lain kan suker menjatuhkan org melayu.

    Respon kepada bella
  12. budakmanentah March 26, 2009, 11:45 am

    huhhh!!! dari aku sms dorg utk vote…bek aku sms kat bersamamu…uiksss.. sumer nk vote2 je skang ni ea???pakcik x hengennnn

    Respon kepada budakmanentah
  13. x de keje lain astro ni, nk prabih duit org & nak melalaikan org je. Ape kate kte sama2 usahaka kebun ada gak hasil.

    P/S : dh lain rupe OHBULAN, 2 minggu x tgk tenet, haku ingat slah blog……ni Sempena perhimpunan agung UMNO ke…..Transformasi (kata Khairy)

    Respon kepada Kebun
  14. Bagus jugak cari pelakon pulak……..penyanyi pun dah banyak giler skrang ni…..pelakon yang ada sekrang ni pun tak cukup mantoopp, harap dua tiga kerat jer……mudah-mudahan program anak wayang kali ini dapat mengembalikan semula wajah-wajah….nordin ahmad, ahmad yatim, jins shamsudin, saadiah, normadiah, zaitun, s. kadarisman and finally…………..Allahyarham Tan Sri P.Ramlee…………(of coz).

    Respon kepada warna
  15. AKU ARIES,,,,, March 26, 2009, 1:10 pm

    Fazura?? emm, sori aku memang tak minat fazura..aku cuba minatkan diri aku, tapi still tak bleh..ntahlah, bila ader rancangan/drama dier, aku cam tak suka..aku pon tak
    tau kenapa..so, anak wayang nie pon aku rasa aku tak akan tengok…

    Respon kepada AKU ARIES,,,,,
  16. Kepada para pengkritik semua……….apa salahnya kita berdakwah melalui filem pulak…….kalau forum perdana islamlah katakan……..yang pergi tu semuanya yang memang dah bersih dah jiwa nurani mereka (mudah-mudahan..insyaalah)….. dan rasanya medialah yang banyak memainkan peranan penting dalam penyebaran ilmu zaman skrang ni…..terutama sekali dalam pengeluaran filem & drama….contoh : ayat2 cinta…..baguskan cerita tu…bayangkanlah ramai yg masuk askar lepas tengok cerita rambo dulu…..3 bulan org tak pi pantai lepas tgk filem jaws…..nampak tak pengaruh filem…..apa kata kita boikot jer cerita2 razak mohhideen yg mengarut tu….tak sesuai rasanya seorang profesor buat cerita macam tu….harapan saya agar penerbit dan pengarah filem lebih berhati-hati dgn kerja mereka….walaupun saya tak berkenan dgn ideologi yasmin ahmad…..tapi cerita dia bagus…sama-samalah kita pi tgk talentime…….

    Respon kepada warna
  17. nak try audition,,coz minat giler ngan Fazura..

    Respon kepada jojieCC
  18. ASSALAMUALAIKUM SEMUA…

    AKU ADA DAPAT INFO YG TERAMAT-AMAT-AMAT-AMAT SESANGAT MUKTAMADNYA PENTING & YG PALING TERAMAT PENTING INFO YG TAK TIPU PUNYA!!!!

    KALAU KORANG SUME TAK BUAT APA YG AKU SURUH NI, MEMANG KORANG SUME AKAN RUGI SEBESAR2NYA UTK TAHU APA JUA KEBENARAN & KESAHIHAN YG BERLANDASKAN BERANI KERANA BENAR KERANA ALLAH.

    HARI JUMAAT (27 MAC 2009) @ 8.30 MALAM @ MALAM ESOK : MESTI TONTON GALAKSI @ TV9..

    (kalau galaksi malam esok takde, korang tengok galaksi minggu depan pulak..)

    HARI AHAD (29 MAC 2009) @ 12.30 TGHARI : MESTI TONTON MELODI @ TV3.

    SEMOGA ALLAH SUBHANAHUWATAALA MERESTUI NIAT MURNI HAMBA2NYA YG BERUSAHA KERAS UTK TEGAKKAN KEBENARAN ALLAH & PERANGI MAKSIAT YG SEMAKIN BERLELUASA OLEH ULAU SAWA 2 EKOR

    clue : makhluk Tuhan yg tgh ada kes tangkap khalwat tapi tak ngaku salah.. YG ASYIK TIPU TIPU TIPU TIPU TIPU ORG RAMAI.. yg pakai sedondon masa gi mahkamah syariah hari tu… opppsss!!!

    jangan tanya aku apa2 lagi pasal info ni…

    TENGOK JE NANTI GALAKSI & MELODI TU NANTI… INSYAALLAH, TERBUKA HATI SEMUA RAKYAT MALAYSIA DGN KEBENARAN HAMBA-NYA..

    Salam…

    Respon kepada beezeebowdy
  19. Rosnah Mat Aris March 27, 2009, 2:32 am

    Reality shows lagi dan lagi dan lagi?

    Respon kepada Rosnah Mat Aris
  20. realiti show lagi kew…bkn dpt tgk pon..
    aku x kesah daaa…

    Respon kepada XD
  21. ??????????????????????????????????????

    Respon kepada cengkerik
  22. : ) hai semua…. Korang nak tau tak… Kita dekat brunei.. Tak kenallllllllllll langsung siapa memeeeyyyy ne tpi bila berita memey n norman kluar, kmai terus kenal sangat2 siapa memey…. Norman dah kenal,abby terlebih kenal sebab abby pun famous d brunei.. CantiK.. Lawa…n ada bakat sbgai pelakon yg bagus… Tapi memey… Kami benci tahap gaban… Bini2 plastik!!! Cakap tak pakai otak,ingat orang bodoh untuk menilai apa yg dia yang dia buat… Booooooooooo boleh blahhhhh memey… Orang brunei menyampah!.norman lagi ngok! Sekian terima kasih.

    Respon kepada nurani
  23. xpayahla tgk kalo criter yasmin ahmad, sesat lagi menyesatkan

    Respon kepada di
  24. memey n norman hakim, pigi raaa

    Respon kepada di
  25. Terlalu banyak program realiti kat TV , tapi untuk mencari bakat baru dalam bidang lakunan belum ada lagi , ok juga .

    Respon kepada abc+
  26. i would like to try but segan lah pulak..rase macam tak layak..tapi minat camne tue..hmm..nak pegi..nanti tak dapat disappointed pulak..hmm..tak tau lah..

    Respon kepada AlexFaizal
  27. zainithechamp March 28, 2009, 10:53 pm

    wah, ilike, saya nak join

    Respon kepada zainithechamp
  28. zainithechamp March 28, 2009, 10:55 pm

    bagus pgrm mcm nie, apt cungkil bkat baru, bagus, sya nak try lah, hehehe

    Respon kepada zainithechamp
  29. Kepada yang berminat nak jadi pelakon…….pergilah uibakat ANAK WAYANG astro….kalau tak dapat, pergilah cuba PILIH KASIH rosyam nor utk rtm…Kalau tak dapat jugak tunggu RAJA LAWAK astro pulak……..kalau tak dapat jugak, fikir2 lah carrier lain…..tolong mak-bapak kat kampung ker….penuhkan saf-saf surau kat kg yang semakin kekurangan peserta tu….lagi bagus. Mudah-mudahan anda dapat menjadi anak seni yang bijak dan dpt memberi teladan yang baik pada masyarakat……sekerek-kerek mawi tu pun, kalau majlis tahlil di kalangan artis…….dia jugak yang baca doa……..amin.

    Respon kepada warna
  30. anak bangsa yang lalai dengan program begini ialah anak-anak orang YANG LALAI dalam membesarkan anak sendiri dengan disiplin. Membiarkan keturunan sendiri dilalaikan.

    Respon kepada gondolagentingskyway
  31. takkan tak reti jaga anak, tv disalahkan… humban je tv tu ke laut

    Respon kepada gondolagentingskyway
  32. Aku sokong guru teater aku Ustaz Harry masuk pilih kasih masa ujibakat di kb arituh. Ustaz Harry ada persatuan teater yang diberi nama pers. teater ruhul Islam (Petri) di kelantan yang membawa teater2 kisah sahabat dalam bentuk muzikal, dan dia juga penulis skrip… semoga dia berjaya mcm menjadi penggiat seni dakwah

    Respon kepada cek mie
  33. y program nih takde di sabah n sarawak?i wonder…sarawak byk budak2 teater yg berbakat…

    Respon kepada sueweet
  34. mana2 pn xpe asalkn yang kita buat sumanyer baik…

    Respon kepada fazli sinchan
  35. wahhh…mcm tringin nk mencuba bkat pulak ni…mana la tau dapt juga kan…hehehehe…!

    Respon kepada aniza binti jumin

Beri Respon Anda

Sertakan nama, email dan url ada jika ada!

Arkib

Anda sedang membaca entri Anak Wayang - Program Realiti Mencari Bakat Baru Pelakon.

Kembali Ke Muka Hadapan

Siapa di OHBULAN!

Tweet… Tweet…

Ikuti OHBULAN! →

Komen Terkini

  • Tonet: Canteknyer Dato’ Sosilawati nie kat TV9, rancangan semanis kurma…….. Percakapan teratur...
  • lee: apala punya bodoh. agama lain mewajibkan minum arak ke?.. cetek ilmu betul
  • rizal perkasa: aku dh 10 ribu ratus juta kali dengar lgu ni mmg best….. kn best klu ad awek…....
  • zoekasanoda: ala ko ni kan….dah x bes da nk matcing2 kn org..skang ni nk tgk sapa saman sapa je,,sapa kutuk...
  • zoekasanoda: keskeskesk !! aku mmg sokong ko la..lagi2 yg part awal tu..oh my fanz..
  • jezebelle: btol2!!aku sokong kau rempit ampang..mntang2 la malique famous,korang nak jlez!!guna otak ckit..jgn nak...
  • anuar: Jom Ikut Saya BUAT DUIT ONLINE DENGAN HYPROBULKSMS Affiliate Terbaik Di Malaysia Dengan 100% Komisyen....
  • anuar: Jom Ikut Saya BUAT DUIT ONLINE DENGAN HYPROBULKSMS Affiliate Terbaik Di Malaysia Dengan 100% Komisyen....
  • anuar: Jom Ikut Saya BUAT DUIT ONLINE DENGAN HYPROBULKSMS Affiliate Terbaik Di Malaysia Dengan 100% Komisyen....
  • master khall: ape nak kata ……. yang pasti ingin jadi jutawan muda dalam masa 1-5 tahun dari sekarang. tak...
Improve the web with Nofollow Reciprocity.