berita

Anda Boleh Buat 5 Aktiviti Indoor Ini Tanpa Perlu Spend Duit Yang Banyak!

March 30th, 2016 | by Ai
Make-It-Senang

main photo indoor

Kebanyakan daripada kita kalau nak hilangkan bosan, mesti buat aktiviti outdoor, kan? Korang sedar tak, nak keluar rumah ni kena bersiap lagi, kena keluar duit lagi… Kadang-kadang malas nak keluar sebab fikir duit yang penat-penat kita cari dan simpan akan habis macam tu je.

Tapi, siapa kata nak have fun mesti keluar rumah? Ada banyak benda best korang boleh buat secara indoor. Jom ushar aktiviti-aktiviti indoor yang cool kat bawah ni. Cuaca mendung atau hujan pun bukan lagi penghalang untuk korang bersuka-ria!

1) Baking Dan Memasak!

baking gif

Haa, inilah masa terbaik untuk belajar buat kek atau cuba masak resepi yang complicated bersama orang tersayang. Kalau tak jadi dan tak sedap pun tak apa sebab hasilnya korang akan hadap sama-sama! LOL.

Sekarang maklumat semuanya dihujung jari, google je resepi yang korang nak cuba masak, tak payah susah-susah rujuk buku resepi!

2) Compile Album Keluarga

make_old_photo_book_online


Masa ni lah nak cari balik gambar-gambar lama dan compilekan dalam album. Boleh label dan buat jurnal keluarga, penting untuk anak cucu tengok dan baca salasilah keluarga nanti.

‘A picture is worth a thousand words.’ Percayalah, setiap gambar yang diambil tu mesti ada ceritanya. Bolehlah mengimbau kenangan good old times sambil-sambil belek foto album tu!

3) Buat Kraftangan!

pokemon origami

Get creative! Keluarkan segala berus lukisan untuk conteng-conteng, kertas untuk buat origami atau benang untuk jahit dan sambungkan perca-perca kain jadi patches.

Masa nilah nak serlahkan sisi kreativiti korang. Jangan terkejut kalau kraftangan korang yang cantik tu sebenarnya boleh dihasilkan daripada bahan terbuang je!

4) Membaca!

book gif

Kita semua mesti ada buku kat rumah yang beli tapi tak sempat nak baca sebab sibuk sangat. Jadi apa kata ambil masa habiskan baca semua buku-buku kat rumah daripada sekadar simpan jadikan hiasan.

Read a real book, bukan e-book atau sebarang cerita yang korang baca daripada laman web melalui handphone korang. Percayalah, ia mampu bagi korang perasaan dan kepuasan yang berbeza!

5) Tambah General Knowledge!

watching tv gif

Bila tak buat aktiviti outdoor, ini masa yang sesuai untuk ambil tahu tentang apa yang terjadi disekeliling kita. Macam isu semasa, hal-hal ilmiah seperti pengetahuan politik, ekonomi, kemasyarakatan dan perkembangan hal ehwal semasa negara. Korang tau tak semua informasi ni korang boleh dapatkan dengan hanya menonton televisyen?

MYTV dijangka memaparkan pelbagai saluran menarik yang menyiarkan kandungan dan maklumat mengenai program dan aktiviti kemasyarakatan. Salah satu saluran yang dijangka meletop ialah yang sedang dirancang oleh KKLW. Stay tuned!

SKIP THIS AD ×