berita

Andai Kemban Membawaku Ke Neraka, Aku Redha – Erma Fatima

April 18th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-04-17 at 8.27.33 PM

Bak kata pepatah ‘takkan Melayu hilang di dunia’. Mengambil inspirasi daripada pepatah lama itu, pengarah tersohor tanah air, Erma Fatima kini sedang sibuk dalam sesi penggambaran drama berjudul ‘Takhta 3 Ratu’.

Mempertaruhkan barisan pelakon handalan seperti Erra Fazira, Awie, Elli Suriati, Soo Wincci dan turut menampilkan aktress cantik dari seberang iaitu Feby Febiola, drama ini berkisarkan tentang zaman pemerintahan Sultan Mansur dahulu kala.

Namun, disebalik keghairahan Erma menyiapkan naskah sejarah ini, timbul pula isu di mana para pengikut di laman Instagramnya menyelar cara pemakaian pelakon wanita dalam drama ini yang dilihat tidak bersesuaian dengan agama Islam.

Screen Shot 2014-04-17 at 7.41.57 PM

Antara foto yang diselar oleh para pengikut Instagram Erma Fatima

“Bila MELAYU berkata-kata ! KEMBAN LEBIH BESAR ISUNYA dari sejarah kejatuhan Melaka! Malunya menjadi MELAYU yg melihat dgn lutut berkata kata dgn siku. Soal hukum tdk ada sesiapa mampu mempertikaikanya. TAPI menghukum bukan kerja yg tuhan tugaskan kpd manusia.

AKU SALAH kerana melanggar hukum KEMBAN ! Kalian BENAR kerana menjadi juri d bumi tuhan? Aku terima hukuman kalian! Andai KEMBAN membawa ku ke neraka…aku redha…TAPI aku ada tugas yg besar yg harus ku laksanakan utk melengkapkan hidup aku di ats bumi Allah ini.”

Erma turut memberitahu bahawa sejarah bukannya perkara yang boleh ditukar begitu sahaja dan dia mahu naskhah tersebut dinilai bukan melalui babak berkemban, sebaliknya jalan cerita yang ingin disampaikan.

Screen Shot 2014-04-17 at 7.43.51 PM

Watak utama drama ‘Takhta 3 Ratu’

Laman Instagram menjadi medan perdebatan antara para pengikutnya, Erma juga menegaskan bahawa dia berbuat demikian untuk melunaskan tanggungjawabnya sebagai seorang Melayu.

“Bukan hanya utk agama tetapi juga utk bangsaku. Jadi kpd yg berniat utk mengutuk…silakan…ianya tidak sama sekali meninggalkan kudis ke ats aku. TAPI kepada yg menegur, terima kasih dan mohon maaf kerana aku melakarkan sejarah. Sudah pasti sejarah tdk akn menghalalkan cara.

Tp sejarah bkn sesuatu yg bole di tukar suka2 dan bila2. Salam maaf dr sy. Kpd yg sudi…jemput2lh menonton TAKHTA sy bila d tayangkan nanti. NAMUN jgn hanya d tonton KEMBANNYA…di lihat juga bgaimana kekuatan sebuah empayar Melaka runtuh kerana rakyatnya sendiri.”

Dalam pada itu, ada juga para peminat yang dilihat menyokong prinsip yang dipegang oleh Erma dan memberikan sokongan penuh kepada drama terbabit. Agaknya apa pula pendapat para pembaca OHBULAN! mengenai isu ini ya?

Kredit: Instagram Erma Fatima

 

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×