berita

Angelina Jolie Cuma Ada 3 Tahun Untuk Hidup?

September 23rd, 2013 | by Ai
Hollywood

jolie-pregnant

Umum tahu bahawa beberapa bulan lepas, pelakon Hollywood, Angelina Jolie telah menjalani pembedahan membuang kedua-dua payudara bagi mencegah penyakit kanser yang diwarisi oleh keluarganya.

Dan khabarnya Angelina juga bakal menjalani pembedahan rahim dalam masa terdekat untuk mengatasi masalah yang sama.

Namun timbul pula berita mendukacitakan yang mengatakan Angelina berkemungkinan mempunyai hanya tiga tahun sahaja lagi untuk hidup.

angelina_jolie_in_salt-normal

Globe Magazine melaporkan Angelina kini sangat risau jika tidak dapat hidup lama sehinggakan pelakon itu telah menyiapkan senarai perkara-perkara yang ingin dilakukannya sebelum mati.

Sumber-sumber dari keluarga terdekat juga menyatakan Angelina dan Brad Pitt akan berkahwin tidak lama lagi sebelum perkara tak diingini berlaku.

Angelina kini cuba menikmati hidupnya sebaik mungkin kerana dia sedar tidak punya banyak masa lagi.

Tunang kepada Brad Pitt ini seboleh mungkin mahu memastikan enam anaknya mendapat penjagaan yang sempurna apabila dia sudah tiada nanti.

SKIP THIS AD ×