berita

Anzalna Nasir Terpaksa Tangguh Kahwin Kerana Bapa. Ha, Kenapa?

April 14th, 2014 | by Ai
Kini Trending

ANZALNA2

Tolak tepi isu kontroversi, kami pasti semua peminat Anzalna sudah mengetahui bahawa hati wanita ini sudah pun dimiliki oleh seorang jejaka bernama Hanif Zaki.

Melalui laporan Utusan semalam, Anzalna dikatakan mempunyai perancangan untuk berkahwin dengan jejaka tersebut tahun ini, namun terpaksa ditangguh atas sebab keluarga.

Kalau mengikut perancangan awal, memang saya memilih tahun ini untuk berkahwin. Tapi tak sangka pula apa yang dirancang tak kesampaian. Nampaknya kena tangguh ke tarikh lain.

Saya sedar keluarga teman lelaki amat mengharapkan kami akan berkahwin tahun ini, tapi ayah pula hanya akan pulang pada penghujung tahun depan. Mahu tak mahu, saya terpaksa menunda majlis itu ke tahun hadapan.

Hanif Zaki

Foto Anzalna dan teman lelakinya, Hanif Zaki

Dalam pada itu, Anzalna turut menafikan dakwaan bahawa dia dikongkong oleh teman lelakinya. Lantas, aktres kelahiran Pulau Pinang ini menafikan dakwaan tersebut dan menyifatkan jejaka itu sebagai seorang yang memahami.

Itu hanya dakwaan orang, tak semua orang suka melihat saya dan dia bersama-sama pada beberapa acara besar. Mungkin apabila orang nampak, mereka mula bercakap benda yang tak benar dan akhirnya mencadi cerita karut.

Dia tak pernah campur urusan lakonan dengan cerita peribadi. Pokok pangkal adalah kepercayaan. Saya berterima kasih padanya sebab percaya pada saya selama tempoh kami bercinta.

SKIP THIS AD ×