berita

Anuar Zain Bakal Adakan Showcase Berlatar-belakang Matahari Terbenam Di Laut Mati. Kelas!

June 11th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

AnuarZain17

Makin hari makin tinggi pula saham Anuar Zain. Tak cukup dengan mengadakan konsert di Malaysia, kali ni nak buat persembahan di Laut Mati pula.

Insya-Allah, jika keadaan cuaca mengizinkan, kita akan mengadakan persembahan secara outdoor, di mana ia akan berlatar-belakangkan sunset di Dead Sea. Saya akan menyanyikan lima buah lagu.

Wah, memang menarik! Tapi siapa pula para penontonnya, ada ke peminat Anuar Zain dari kalangan orang Arab selain rakyat Malaysia?

Dah tentulah para penyokong setia Anuar Zain akan diterbangkan secara eksklusif ke Jordan untuk menyaksikan persembahan istimewanya. Double menarik!

Okaylah, let’s get this straight. Untuk pengetahuan, Anuar Zain buat pertama kali mahu mengajak anda semua untuk bercuti bersamanya ke tapak warisan dunia iaitu Jordan pada 13 November 2014.

14201382568_0b102e2886_o

Menghabiskan tujuh hari dan lima malam (7H5M) di sana, Anuar Zain akan membawa para peminatnya berjalan-jalan ke Petra, Jerash, Amman dan Laut Mati.

Jadi pada hari terakhir percutian itu nanti, Anuar Zain akan menghiburkan mereka semua dalam sebuah majlis makan malam.

Tapi bukan percuma tau, kerana harga pakej dijual pada harga RM9,999 seorang. Come on, akak-akak semua mesti mampu nak pergi, kan?

Lebih seronok lagi, setiap orang yang menyertai percutian Magical Jordan with Anuar Zain ini akan menginap di hotel-hotel bertaraf lima bintang dan turut berpeluang menikmati hidangan enak di restoran-restoran terkenal sekitar Jordan.

Bagi yang berminat, cepat tempah tiket anda kerana Anuar Zain hanya membuka peluang kepada 250 peminat sahaja. Sila hubungi penganjur, Scene, Leisure & Event di talian 03-8073 3648 untuk sebarang tempahan. Selamat bercuti!

SKIP THIS AD ×