berita

“Anugerah Skrin 2012” Platform Para Karyawan Dan Artis Menjulang Nama

September 11th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Bagi menyemarakkan lagi debaran Anugerah Skrin 2012, pihak TV3 bakal menayangkan semula sebahagian daripada telefilem yang tercalon untuk Anugerah Skrin 2012. Kesemua telefilem ini bakal disiarkan setiap hari Ahad, pada jam 9.00 malam mulai 16 September hingga 4 November 2012.

Antara telefilem yang bakal ditayangkan untuk anugerah ini adalah Pelarian, Ku Petik Dosa, Di Telapak Kaki Bonda, Bedah Tong Gas, Aku Mahu Terbang, Ajaibnya Cinta, Hilangnya Doa Seorang Ibu dan Maharku Untukmu.

Selain rangkaian televisyen di bawah naungan Media Prima Berhad, pihak penganjur turut menjemput stesen televisyen RTM, ASTRO dan juga TV Al-Hijrah untuk bersama-sama menyertai anugerah berprestij ini.

Menurut Pengurus Besar Kumpulan, Kumpulan Pengurusan Jenama TV3 dan TV9, Cik Sherina Nordin memaklumkan bahawa Anugerah Skrin kini telah memasuki tempoh usia yang matang, di mana ia dinanti-nantikan oleh para karyawan dan artis tanah air untuk menjulang nama mereka.

Pada dasarnya, Anugerah Skrin bukanlah pertandingan antara stesen televisyen, tetapi ia lebih fokus kepada drama dan terbitan bermutu yang disiarkan menerusi stesen-stesen yang dipertandingkan. Pihak TV3 turut berharap agar penganjuran ASK 2012 ini akan mendapat kerjasama dan sokongan positif daripada stesen-stesen televisyen yang lain.

Antara faktor yang menyebabkan telefilem dan drama bersiri ini terpilih untuk ditayangkan di kaca televisyen adalah garapan skrip yang baik, jalan cerita yang sempurna, lakonan yang mantap dan mutu penerbitan yang baik serta mampu menyampaikan mesej yang positif kepada penonton.

SKIP THIS AD ×