berita

Apa Komen Selebriti Bila Kertas Peperiksaan #UPSR 2014 Bocor?

September 12th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

upsr

Percaya atau tidak, perkara ini benar-benar sudah terjadi. Mana taknya, kesemua calon yang mengambil kertas peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dikatakan bakal menduduki semula ujian Bahasa Inggeris 1 dan 2. Haruslah semua pun terkejut kan?

Sehari sebelum itu, Kementerian Pendidikan juga telah mula mengesan terdapat kes kebocoran soalan untuk ujian Sains dan mengeluarkan arahan agar peperiksaan tersebut ditangguh.

Dek kerana isu ini menjadi trending di laman sosial, para selebriti Malaysia juga dilihat prihatin dengan situasi yang berlaku kepada calon-calon UPSR tersebut.

upsr2

Sememangnya selebriti Malaysia ni prihatin dengan isu semasa kan? Menerusi beberapa komen yang sempat kami lihat di laman sosial, mereka agak hairan bagaimana kebocoran kertas soalan seperti ini boleh berlaku.

Namun, seperti yang diperkatakan oleh pengacara radio popular, Faizal Ismail, impaknya akan lebih terasa jika anak sendiri yang menghadapi situasi tersebut. Bagaimanapun menurutnya lagi, ibu bapa kenalah bijak mengawal emosi supaya anak-anak tidak lebih tertekan.

Screen Shot 2014-09-12 at 4.10.22 AM

Hurm.. nak buat macam mana kan? Benda dah jadi. Maka, rasanya lebih elok jika kita semua memberi kata-kata dorongan buat kesemua calon-calon yang sudah agak ‘down’ dengan situasi ini. Betul tak? Yeah! Chaiyokk!!

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×