berita

Apa Komen Zizan Bila Seluar Ketat Tonjol ‘Anu’ Dikritik?

September 10th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

484772_655705687806867_1401299836_n

Power betul mata rakyat Malaysia ni kan? Daripada isu besar sehinggalah isu yang agak ‘censored’ sebegini, akan ada sahaja yang perasan.

Tapi, ini bukan sorang dua yang tegur, malah ramai netizen mengkritik seluar ketat yang dipakai oleh Zizan Razak ketika mengacarakan program Akademi Fantasia 2014 baru-baru ini.

Mana taknya, mereka mendakwa bahawa seluar itu sangat sendat sehingga menampakkan bentuk alat sulitnya. Yelah kan, AF kan ditonton oleh pelbagai lapisan masyarakat.

Screen Shot 2014-09-10 at 1.05.53 PM

Seluar yang dipakai oleh Zizan Razak jadi isu panas di AF 2014

Bagaimanapun, menerusi laporang myMetro, pelawak terkemuka itu sudah pun membuat permohonan maafnya dan menjelaskan bahawa seluar itu merupakan busana yang ditaja.

“Ini memang kelakar, tapi nak buat macam mana benda di luar kawalan saya,Saya tak tahu macam mana nak jelaskan hal ini. Ia adalah seluar tajaan dan ukuran sudah dibuat awal-awal lagi mengikut saiz saya. Cuma tak sangka pula bila sudah pakai nampak sendat dan ketat di bahagian itu. Saya minta maaflah pada mana-mana pihak yang terganggu. Ia memang tak disengajakan.

Ada yang tegur ketika program itu tapi saya tak marah pun. Nak buat macam mana sebab satu seluar saja yang disediakan. Nak tukar seluar mana pula? Jadi mahu tak mahu saya cuba lindungi bahagian itu dengan memperbanyakkan gerakan dan lebih lincah supaya tak ketara sangat.

Macam-macam pula isu yang berbangkit pada konsert pertama AF 2014 kan? Takpelah Zizan, mungkin lain kali kena lebih peka lah soal busana tu. Jangan sampai pisang berbuah dua kali pula!

Kredit foto: Instagram Zizan Razak

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×