berita

Apa Nasib Saya Selepas Mati Nanti? – Mizz Nina

December 30th, 2013 | by Ai | 7 comments
Isu & Kontroversi

Apa Nasib Saya Selepas Mati Nanti?   Mizz Nina

Tiada sesiapa yang paksa, saya sendiri yang memikirkan hal itu. Apa nasib saya selepas mati nanti? Cukupkah amalan saya untuk dibawa ke akhirat? Lengkapkah saya sebagai seorang isteri dan Muslimah saat masih hidup ini?

Itulah antara kenyataan Mizz Nina kepada sebuah akhbar tempatan semalam. Umum tahu, pada penghujung bulan Oktober lepas kita telah dikejutkan dengan penampilan baru isteri kepada Noh (Hujan) ini.

Selepas pulang dari Mekah, Mizz Nina telah mengambil keputusan untuk memakai tudung selepas mengakui sudah dua tahun mempertimbangkan untuk berhijab.

“Ini bukan hal baru. Saya hampir dua tahun saya memikirkan untuk berhijab. Saya cuma mahu menjadi seorang Muslimah yang lebih baik dan saya sedang cuba untuk ke arah itu.”

Apa Nasib Saya Selepas Mati Nanti?   Mizz Nina

Nina dan Noh di sebuah anugerah sekitar November lepas

Nina menerusi laporan yang sama turut meminta agar tidak ada lagi pihak yang mempersoalkan tindakannya selepas ini.

“Ini bukan soal hijab sahaja. Janganlah cuma memandang luaran. Saya buat semua ini kerana Allah SWT sebab saya seorang Muslim.

?Kalau boleh saya tak mahu orang bertanya hal hijab ini lagi. Cukuplah dengan penjelasan ini. Usaha saya untuk beribadah dan berubah untuk kebaikan.”

Namun, apa yang masih membuat kami tertanya-tanya ialah, adakah Mizz Nina akan terus menyanyi selepas ini? Dan karya genre apakah pula yang akan dibawa olehnya?

Sumber : Utusan

7 Comments

  1. ali baba says:

    alhamdulilah syukur nikmat kpd dia Tuhan yg mmberi rahmat.
    wowowowo

    (0)
  2. Wong says:

    Allahuakbar…iktibar pd saya dan org lain…tahniah pd miz nina..noh dan ibu bapa…anda telah mendidik anak dan isteri dgn baik…harap berkekalan

    (0)
  3. abg jeef says:

    Harap harap semua muslimat dapat menuntut aurat. Tak kira siapa hatta pemimpin negara. Neraka tempat kamu seandainya kamu menidak surahannya. Adakah kamu tak takut pada api neraka nanti? Insaflah hidup di dunia ini hanya sementara saja. Hidup jodohnya mati.

    (0)
  4. miss gebu says:

    Alhamdulillah nina…sy syorkn nina byk bc bku agama ttg wanita solehah utk lbh mndalami lg…maaf tp sy kna tgur wlupn nina artis tp kening xblh cukur…Allah mlknat wanita yg mckur kning…bj pn xblh nmpk bntuk bdn..blh mtk nsht dr yatt hmzah

    (0)
    • emak pimp says:

      alhamdulillah… jgn pandai bagi nasihat je.. harap miss gebu pun mcm tu gak yer… tk salahkan saya ingatkan kamu juga jika kamu boleh ingatkan mizz nina tu…

      (0)
    • Mumun says:

      Abby Abadi pon cukur kening kan? Bole lak jd ustazah megi.

      (0)
  5. aku says:

    alhamdulillah…..lebih manis lg jika kening x ditarah sedemikian ru
    pa…

    (-1)