berita

Apa Netizen Kata Mengenai #AF2014, Okay Ke Idok?

September 8th, 2014 | by Ai
Kini Trending

10516879_745356488870144_4144797859641481579_n

Siapa tengok Akademi Fantasia 2014 malam tadi? Haa, kemain kecoh di laman sosial mengenai program realiti paling popular ini. Hehe.

Kami tengok pentas AF kali ni, amboi, bukan main grand lagi uols. Mana taknya, baru konsert pertama pelajar-pelajar AF dah dapat menyanyi dengan diiringi oleh live band tau! Untung korang dik non!

Dengan taglineRealitinya Disini. Inilah AF ‘, #AF2014 memperkenalkan Datuk Hattan sebagai pengetua bagi musim kali ini. Hmm, harap-harap adolah polajar yang berbiso dapek dilahirkan nanti. Iyo tak?

pengajaraf

Kalau korang tengok timeline Twitter malam tadi, pergh memang semuanya bercakap mengenai #AF2014 ni tau. Haa, nak tahu apa kata Malaysia?

Rata-rata peminat setia AF memang dah tak sabar nak tonton rancangan ni sebenarnya. Nak-nak bila lihat barisan tenaga pengajar seperti Siti Hajar, dan Linda Jasmin, dah tentu teringat zaman kegemilangan AF 1, 2 dan 3 dulu kan.

Namun, dalam pada itu, ada juga yang dah mula mengkritik pelajar-pelajar ini. Bermula dari paras rupa, bakat, mutu suara, penguasaan pentas, hah, semua ada je yang nak dikritik.

Screen Shot 2014-09-07 at 11.50.25 PM

Ada yang cakap mereka ni bukan menyanyi tapi menjeritlah, ada yang kata rupa pelajar AF kali ni macam selebriti yang dah ada di Malaysialah, eh, pendek kata macam-macam!

Yang paling menarik perhatian kami, bila ada yang meminta pihak AF kurangkan ‘drama sebabak’ dalam rancangan ni. Haa, acaner tu? Maklumlah, baru konsert pertama, penonton dah dihidangkan dengan cerita sedih.

drama drama2

Namun, realitinya, ramai yang bersetuju bahawa AF masih mengekalkan rupa daripada bakat. Emm, korang rasa bagaimana? Mungkin di konsert pertama malam tadi, pelajar masih malu-malu.

Siapa tahu dihujung AF nanti akan ada bintang baru yang lahir dan setanding Hafiz suip. Betul tak? Apapun, kita tunggu dan lihat jelah bagaimana kesudahan dan pencapaian AF kali ini.

Kredit Foto : Facebook Akademi Fantasia

SKIP THIS AD ×