berita

Apabila Kaki Dijadikan Isu

June 5th, 2012 | by M
Isu & Kontroversi

Penyanyi ini terkenal dengan keunikan lagu serta mempunyai imej bersih yang mampu nama Malaysia ke mata dunia. Apatah lagi bakat yang dimiliki oleh penyanyi yang terkenal dengan gaya turbannya semakin diterima baik oleh komuniti di negara Uncle Sam.

Al-kisahnya, penyanyi ini telah upload sekeping foto di instagram sebagai salah satu cara untuk dia meluahkan kreativitinya kepada dunia. Foto berkenaan, memaparkan kakinya di sebuah jalan memberi interpretasi bahawa dia harus melangkah ke hadapan untuk mencapai kejayaan.

Kalau dilihat daripada perspektif luas, ramai lagi selebriti yang sengaja mendedahkan bahagian lurah dada demi menarik perhatian orang. Kalau anda masih ingat, ada seorang pelakon wanita ini sanggup beraksi ghairah dalam sebuah majalah dan memberikan kenyataan dangkal bagi mempertahankan tindak tanduknya.

Tak salah menegur pasal aurat, tapi biar teguran itu berpada-pada. Kami lihat, kebanyakan orang seakan melepaskan kemarahan, malah ada yang melontarkan makian kepada penyanyi itu. Adil ke?

Kelakar betul dengan mentaliti sesetengah orang yang terlampau taksub untuk melenting dengan isu yang amat kecil sehingga terlupa bahawa masih ada banyak lagi perkara serius yang perlu diambil kira.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×