berita

Are U Stupid? – Kekasih Hati Nora Danish ‘Naik Angin’ Kerana Hashtag #FromJohor?

July 14th, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-07-14 at 11.17.57 AM

Kata orang sarang tebuan jangan dijolok, buruk padahnya. Mungkin dek kerana terlalu geram dan marah dengan perlakuan seorang pengikutnya di Instagram, kekasih hati Nora Danish ini bertindak memaki lelaki berkenaan.

Fuh! Marah betul Nedim atau lebih dikenali sebagai Bossned. Tapi apa yang lelaki tu dah buat sebenarnya?

Are u stu***

Screen Shot 2015-07-14 at 10.57.59 AM

Melalui update terbarunya di Instagram, Nedim berkongsi kesedihan tentang kehilangan pakciknya. Pengikutnya yang simpati dengan kehilangan tersebut turut beramai-ramai merakamkan ucapan takziah.

Namun komen daripada seorang pengikutnya ini mendapat perhatian Bossned. Tidak dapat dipastikan kenapa Bossned ‘naik angin’ dengan lelaki tersebut, mungkin disebabkan hashtag?

Iyalah orang tengah bersedih, boleh pula diletaknya hashtag sedemikian. Rasanya semua sedia maklum, tak payah lah buka cerita lama kan.

Menurut sumber, Bossned bagaimanapun telah memadam komen-komen berkenaan.

SKIP THIS AD ×