Laman Utama » Berita Terkini

Alahai, artis baru ini memang terkenal dengan baju kurung, ala-ala wanita melayu terakhir. Tapi, perangai tidak pula macam yang disangkakan sebab ada attitude problem yang memeningkan kepala orang-orang penganjur. Al-kisahnya, ketika berlangsung siri jelajah promosi untuk sebuah anugerah di selatan negara, artis baru ini buat hal dengan orang-orang penganjur kerana tidak menepati masa, displin memang zero.

Sepatutnya, mereka kena bertolak daripada hotel sekitar pukul 11.30 pagi. Lantas, pihak penganjur call artis baru ini untuk bersedia, kira-kira pada pukul 8.30 pagi. Kemudian, mereka mengingatkan lagi artis baru itu pada pukul 10 pagi. Nak dijadikan cerita, 5 minit sebelum 11.30, pihak penganjur sekali lagi menghubungi artis tersebut, namun dia membalas pendek, ‘nak iron baju kurung.’

Okay fine, orang penganjur kata, mereka tak kisah kalau artis baru itu lambat turun 5-10 minit. Tapi, kalau sudah lambat lebih 1 jam, apa nak cakap?

Semasa menunggu artis baru ini, orang penganjur turun daripada bas sebab bosan menunggu batang hidung artis baru ini yang tak muncul-muncul. Mereka sempat borak-borak layan rokok, pergi tandas & bercerita pasal perangai artis baru ini. Bila penganjur telefon, artis baru ini cakap, “on the way“. Macam jauh sangat on the way, kekdahnya turun lif pakai gitar ke?

Akhirnya, tepat 1 jam 5 minit menunggu, artis baru ini turun ke bas, buat muka selamba tak bersalah. Kasihan’lah sikit dekat abang-abang polis yang kena escort bas artis baru ini. Sudah’lah kena tunggu, cakap sorry sikit tak boleh ke?

PA dia pun satu hal, tolong ingatkan dia tepati masa. Bukan apa, artis ini berbakat, jangan kerana sebab kecil, orang tak mahu ambil kerja. Do your best!

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

Lagi Artikel OHBULAN!

Hijabster : Tampil Lebih Glamor