berita

Avril Lavigne Merancang Gaun Perkahwinannya Lain Daripada Yang Lain

September 14th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Baru sahaja mengumumkan tentang pertunangan beliau, kini Avril Lavigne sudahpun membuat perancangan tentang busana pakaian yang akan dipakai pada majlis perkahwinannya nanti.

Beliau juga turut menjanjikan bahawa busana pakaian perkahwinannya itu nanti merupakan busana yang ‘lain daripada yang lain’

Penyanyi pop star yang berusia 27 tahun itu kini beralih arah menjadi pereka fesyen dan bakal berkahwin dengan jejaka tampan iaitu Chad Kroeger.

Apabila ditanya perancangan busana pada majlis perkahwinanya nanti, beliau menyatakan samada ianya sesuatu rekaan sendiri ataupun dikombinasi dengan rakan kongsi mahupun berkolaborasi dengan pereka fesyen yang lain.

Ia mungkin menjadi sesuatu pakaian yang dibeli daripada beberapa pakaian berbeza dan digabungkan menjadi suatu pakaian yang lain daripada yang lain.

Sementara itu, pertunjukan fesyen yang berlansung baru-baru ini menampilkan adik bekas kekasihnya sendiri iaitu Kylie Jenner untuk membuka dan menutup tirai pertunjukkan fesyen tersebut walaupun Arvil Lavigne telah pun berpisah dengan Brody Jennermay.

Kylie yang tampil dengan gaya remaja dimana beliau memperagakan baju ketat putih berhuruf dengan seluar pendek menawan mengkombinasi gayanya dengan jaket kulit yang memukau.

Avril Lavigne pula memperagakan pakaian musim bunga dengan jalur  hitam putih pada seluar dan pakaian yang memukau.

SKIP THIS AD ×