berita

Thursday Trailer : ‘As Above So Below’, Seram Macam Haram

August 21st, 2014 | by Ai
Filem Antarabangsa

Screen Shot 2014-08-21 at 4.35.35 PM

Korang pernah terfikir tak kalau tiba-tiba korang terpaksa melalui saat mencemaskan ketika melalui lorong-lorong bawah tanah ataupun lebih tepat diberi nama catacombs?

Kalau korang nak tahu, dibawah menara gah di Paris iaitu Eifel Tower ada terkuburnya sebuah jalan bawah tanah yang mempunyai banyak rahsia dan misteri.

Haa, kali ini, OHBULAN! nak ajak anda menerokai sama-sama misteri disebalik catacombs tersebut dalam filem terbaru arahan John Erick Dowdle ini.

Screen Shot 2014-08-21 at 4.38.12 PM

Filem seram ini menampilkan Ben Feldman, Perdita Weeks dan Edwin Hodge sebagai tunggak utama dan mereka bertanggungjawab merakamkan kejadian yang berlaku.

Cerita ini mengisahkan sekumpulan pelajar menerokai rahsia disebalik catacombs yang dipenuhi dengan tengkorak dan misteri. Secara tak sengaja, mereka telah membongkar rahsia disebalik misteri yang tersembunyi itu.

Nak tahu apa yang terjadi kepada mereka? Berjayakah misteri tersebut dirungkai? Kenalah tonton filem ini yang bakal ditayangkan di pawagam bermula 4 September nanti.

Screen Shot 2014-08-21 at 4.35.52 PM

Dalam pada itu, untuk pengetahuan korang, selebriti youtube terkenal, Felix “PewDiePie” Kjellberg telah mengembara ke Paris dan merasai sendiri kejadian ini tau.

Untuk menambah keterujaan menonton filem ini, PewDiePie telah menghasilkan video Vlog untuk membawa pengikutnya menonton sendiri pengalaman ketika berada dibawah catacombs.

Lebih menyeronokkan, PewDiePie telah membawa teman wanitanya, CutiePieMarzia pun ada tau. Haa, pasangan ini ingin mengajak anda sendiri merasai perasaan seram dan misteri yang sebenar.

Nak tahu apa yang diorang buat? Jom tonton video yang kami sediakan dibawah. Tapi, tengoklah trailer filem ini dulu ya! Selamat menonton!

SKIP THIS AD ×