berita

Ashraf Muslim Bawa Dua Isteri & Anak Bercuti Sekaligus. Terbaik!

August 15th, 2014 | by Noraniza
Lensa Insta

majlis-aqiqah-anak-sulung-ashraf-muslim

Siapa kata bermadu itu mesti akan berakhir dengan penderitaan? Buktinya, Ashraf Muslim dan kedua-dua isterinya, Noor Dayana dan Wan Sakinah tampak sangat bahagia berkongsi kasih-sayang.

Malah, si comel Sarah Ashraf dikira sangat bertuah apabila memiliki dua orang wanita bergelar ibu dan mama dalam kehidupannya.

Artikel Berkaitan: Foto Keluarga Dikritik, Isteri Pertama Ashraf Muslim Mengandung?

Hubungan kekeluargaan mereka nyata tidak dapat diganggu gugat meskipun kadang-kala isteri kedua Ashraf Muslim, Sakinah masih lagi menerima kata-kata sinis daripada orang ramai. Khabarnya, mereka kini sedang ber’honeymoon’ berempat lagi tau!

Screen Shot 2014-08-15 at 12.51.55 PM

Comel betul gambar passport Sarah Ashraf

Rasanya ini merupakan kali pertama mereka bercuti berempat. Yelahkan, sebelum ini kan Sakinah baru sahaja melahirkan Sarah Ashraf dan Dayana pula sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang doktor.

Menerusi foto yang dimuat naik, Ashraf Muslim membawa keluarga besarnya itu makan angin di kota membeli-belah kesukaan kaum wanita. Mana lagi kalau bukan di Bandung, Indonesia.

Seronok sungguh melihat keakraban mereka kan? Apapun, kami turut mendoakan kebahagiaan mereka sekeluarga dan berharap agar Dayana pula akan melahirkan bayi comel kelak!

Kredit foto: Instagram Ashraf Muslim, Wan Sakinah, Noor Dayana

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×