berita

Ashraf Muslim Enggan Komen Lanjut Isu Kahwin Dua

May 7th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Ashraf Muslim

Pelakon kacak, Ashraf Muslim enggan komen isu kononnya dia telah pergi ke mahkamah syariah bagi membuka fail kebenaran berkahwin dua selepas gagal menimang cahaya mata bersama isteri, Noor Dayana.

Menurut Ashraf, buat masa sekarang dia tidak boleh kongsikan lagi isu yang melanda rumahtangganya dan pelakon ini juga dilihat enggan mengulas lebih lanjut mengenai kontroversi tersebut.

Saya tak perlu cakap. Memang ada isu tapi saya tidak boleh cerita sekarang.

Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan tiada sebarang masalah.

Menerusi laporan yang sama, Ashraf akui masih belum dikurniakan cahaya mata meskipun usia rumahtangganya bersama Noor Dayana hampir memasuki tiga tahun.

Buat masa sekarang belum ada rezeki lagi. Kami ada berikhtiar menerusi kaedah perubatan moden dan tradisional tapi belum rezeki kami. – Ujar Ashraf menerusi akhbar Kosmo hari ini.

Untuk makluman, pasanagn ini telah selamat diijabkabulkan pada 30 Ogos 2011 di Tanah Suci, Mekah.

SKIP THIS AD ×