ASK 2012 : ‘Anugerah Yasmin Ahmad’ Beri Semangat Untuk Pierre Andre Terus Berkarya - OHBULAN!

berita

ASK 2012 : ‘Anugerah Yasmin Ahmad’ Beri Semangat Untuk Pierre Andre Terus Berkarya

November 12th, 2012 | by Noraini Nasir | 2 comments
Kini Trending

Tergamam. Itulah perkataan yang layak untuk digambarkan apabila pelakon dan pengarah muda, Pierre Andre diumumkan sebagai pemegang ‘Anugerah Yasmin Ahmad’ untuk tahun ini.

Menurut Pierre Andre, dia sendiri tidak menyangka akan menerima anugerah sebesar ini dan merasa bersyukur dengan hadiah yang amat bermakna buat dirinya.

“Alhamdulillah, itulah kalimah untuk sesuatu  yang saya tak jangka boleh menang.”

“Lazimnya kita akan lihat bila orang mencari agama, dia akan menolak dunia. Tapi bagi saya, kita juga boleh berdakwah dalam filem. Mungkin ini boleh bagi impak yang besar juga. Sebagai anak seni serta orang muslim kita patut seimbangkan kedua-duanya,” ujar Pierre Andre kepada pihak media.

Pierre Andre turut akui yang dirinya pernah merasa putus asa untuk meneruskan kerjaya dalam bidang seni. Akan tetapi segalanya berubah tatkala dirinya dipilih sebagai pemegang anugerah terbesar pada malam ASK 2012 baru-baru ini.

“Pada mulanya saya hampir nak tarik ‘hand break’ dalam bidang ini. Tapi pada suatu hari, saya berdoa untuk diberikan petunjuk dan bila hari ini saya menang ‘Anugerah Yasmin Ahmad’, barulah saya sedar, saya patut berada dalam bidang ini,” ujar Pierre Andre penuh bersemangat.

Merujuk perkembanagn terbaru, Pierre Andre bakal menghasilkan dua buah filem berjudul ‘Satu Lawan Satu’ dan ‘Cinta Kita.’

Disamping itu, pelakon dan pengarah muda ini turut mengumumkan yang dia bakal menerbitkan novel terbaru tulisannya berjudul ‘Jalan Ke Darul Salam’ yang akan diterbitkan mulai tahun hadapan.

2 Comments

  1. Olga says:

    alah filem2 ko byk yg sendu!

    (0)