berita

“Astro Best” Saluran Filem Terbaik Antarabangsa Dan Asia

August 30th, 2012 | by Ai
Filem Antarabangsa

Pada tanggal 29 Ogos 2012, pihak TV berbayar Astro telah melancarkan satu lagi saluran terbaru miliknya yang dikenali sebagai Astro Best.

Saluran ini menyajikan kandungan hiburan terunggul dan filem-filem terbaik antarabangsa dan Asia, di mana para peminat filem boleh dapatkannya menerusi sistem satelit dan IPTV.

Menerusi langganan Astro Best, para pelanggan boleh menonton filem-filem terbaik antarabangsa dan Asia pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Seawal tiga bulan filem-filem tersebut ditayangkan di pawagam, para pelanggan boleh menontonnya secara terus di saluran Astro Best 481 dengan bayaran RM10 untuk setiap filem yang dipilih.

Antara filem-filem yang ditawarkan adalah Marvel’s The Avengers, The Hunger Games, dan konsert tergempak Korea, I AM : SM Town Live Tour in Madison Square. Kesemua filem ini boleh dibeli menerusi SMS di Saluran Astro 481 dan para pelanggan boleh menonton filem pilih mereka selama 48 jam selepas tempoh langganan.

Setakat ini pihak Astro telah berkolaborasi dengan beberapa studio antarabangsa seperti The Walt Disney Company, Lionsgate, Sundance, Sony Pictures Television, Fortune Star, CJ Media dan Unitel Classica. Menerusi kolaborasi ini, para penonton boleh mengakses sendiri filem-filem antarabangsa dan Asia kegemaran mereka dengan mudah.

Untuk maklumat lanjut berkaitan Astro Best dan Astro B.yond VOD, anda boleh layari www.facebook.com/Astroworldofmovies.

SKIP THIS AD ×