berita

Aura Kejelitaan Terserlah Dengan Lilitan Seksi!

September 7th, 2012 | by Ai
Kini Trendy

Busana, beg tangan malah kasut juga sudah tersedia. Pasti si cantik sedang memikirkan bahan apa yang perlu ditambahkan pada personaliti untuk menyerlahkan imej sempurna tatkala bergaya. Mungkin juga anda boleh tambahkan sedikit lilitan seksi di kepala. Selain mampu menonjolkan aura kecantikan, ianyanya juga memberikan imej sempurna kepada si fashionista. Terdapat beberapa aksesori yang boleh menjadi pilihan si pemakai.

Ingin tampil ranggi dan berani? Tiru gaya ini! Tampil ranggi dengan lilitan keanggunan daripada rona warna peach. Warna yang pasti menjadi pilihan si cantik tatkala bergaya, ini kerana rona tersebut menyerlahkan kelembutan si cantik dalam bergaya.

Melangkah lebih lincah dan mempersona dengan aksesori scarves yang sedikit sebanyak membantu menaikkan imej anda. Naluri ketegasan dalam pengayaan turut diserlahkan dengan gabungan blazer, baju polos dan seluar jeans dimana ianya mampu mempamerkan identiti menawan si pemakai. Hasil gabungan tersebut, telah melahirkan nilai positif dalam personaliti si pemakai.

Gaya memikat? Ya! Inilah jawapannya. Si pemakai pasti mendapat panahan mata daripada jejaka yang berada diluar sana, tambahan pula ianya digayakannya dengan ‘scarves’ menarik.

Bagi anda yang ingin tampil glamor, aksesori ini amat sesuai digayakan di majlis-majlis tertentu. Aksesori ‘scarves’ daripada warna hijau turquoise ini memberikan kontra warna kepada si pemakai tatkala melakukan langkahan hebat.

Hasil gabungan ‘scarves’ dengan aksesori lain seperti kasut dan beg tangan, ianya sedikit sebanyak menyerlahkan imej kemewahan dalam penggayaan.

Bosan dengan gaya yang sama? Jom tampil cantik, moden dan seksi dengan menggayakan scarves yang memberikan gaya penuh feminin. Pelengkap segala gaya dan memenuhi naluri si cantik dengan lilitan mempersonakan.

Bagi si jelita yang sering mementingkan penjagaan fesyen dari hujung rambut sehingga hujung kaki, ‘scarves’ daripada warna merah jambu ini mampu memberikan sifat keyakinan kepada si pemakai.

Gabungan t-shirt polos dipadankan dengan seluar denim pendek dan beg tangan menyerlahkan aura santai si gadis. Dengan pemilihan ‘scarves’ daripada rona warna cerah, sedikit sebanyak ianya memberi impak besar kepada si pemakai.

SKIP THIS AD ×