berita

Avril Lavigne & Suami Lancar Lagu Baru, Let Me Go

October 9th, 2013 | by Noraini Nasir | 0 comments
Hollywood

Avril Lavigne & Suami Lancar Lagu Baru, Let Me Go

Penyanyi kecil molek yang sinonim dengan penampilan gothic, Avril Lavigne baru sahaja melancarkan lagu terbarunya bersama suami tercinta, Chad Kroeger menerusi lagu duet mereka berjudul Let Me Go.

Bercakap menerusi portal hiburan antarabangsa, Avril akui bekerjasama dengan suami tersayang merupakan satu pengalaman yang cukup indah, tambahan pula masing-masing gemar bertukar pendapat serta idea baru mengenai konsep lagu tersebut.

Bekerjasama dengan Chad merupakan satu pengalaman yang cukup menarik sepanjang hidup saya dan sebagai suami, dia merupakan seorang rakan kerja yang sangat hebat. Memandangkan kami duduk satu rumah, jadi kerja-kerja perbincangan mengenai konsep serta susuan atur lagu Let me Go itu menjadi lebih mudah dan cepat.

Avril Lavigne & Suami Lancar Lagu Baru, Let Me Go

Sedutan audio lagu Let Me Go

Meskipun buat masa ini, Avril & Chad hanya berkongsikan audio dan bukannya video klip lengkap lagu tersebut, akan tetapi sambutan peminat dilihat sangat memberangsangkan. Setakat tiga hari video itu dilancarkan, ianya telah berjaya mencapai lebih 30 ribu like dan 400 ribu tontonan.

Rata-rata pendengar memberi respon positif dan menganggap Avril merupakan seorang penyanyi yang hebat.

Sebagai rujukan, Chad Kroeger merupakan suami kedua Avril Lavigne dan pasangan ini baru sahaja melangsung perkahwinan mereka awal Julai lalu. Sebelum ini Avril pernah berkahwin dengan penyanyi dan pemain gitar kumpulan Sum 41, Deryck Whibley pada Julai 2006 hingga November 2010.

Untuk semua peminat Avril Lavigne, jom layan audio lagu Let Me Go selepas ini. Semoga terhibur!

Comments are closed.