berita

Awal Ashaari Berang Peminat Kritik Hidung Lara Alana

March 23rd, 2015 | by Wan
Isu & Kontroversi

awl

Kami perasan makin lama makin comel pula anak pasangan romantis Awal Ashaari & Scha Alyahya iaitu Lara Alana. Dah la comel, ramai pula peminat di Instagram sehingga mencecah hampir 372 ribu followers.

Mungkin dek kerana geram akan kecomelan Lara tersebut, ada segelintir peminat mula berkongsi petua dan tips kepada pasangan Awal dan Scha dalam membesarkan anak mereka. Sayangnya komen peminat tersebut seakan tidak disenangi oleh Awal, hurm.

Takut Hidung Makin Kembang

OHBULAN

Ekoran tidak berpuas hati dengan komen peminat yang disifatkan sebagai tidak perlu, Awal bertindak memuatnaik komen tersebut di Instagram miliknya. Yela bapa mana yang tak panas bila ada orang pertikai fizikal anaknya.

Awal bagaimanapun memadam foto tersebut beberapa jam kemudian setelah kelakuannya menjadi perdebatan hangat para peminat yang lain.

Antara Jujur & Kurang Ajar

Nah.

A photo posted by Awal Ashaari (@awalashaari) on

Mungkin peminat yang memberikan komen tersebut hanya berniat untuk berkongsi petuanya tetapi telah mengguris hati si bapa. Beberapa jam kemudian awal bertindak memuatnaik foto ini.

Nak bagi pendapat tu boleh tapi jangan sampai bersikap kurang ajar, katanya.

SKIP THIS AD ×