berita

Netizen Gelar Awal Ashaari Tamak Haloba

November 28th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-11-28 at 11.36.56 AM

Kali ini kami bukan nak cerita mengenai anak Awal Ashaari dan Scha Alyahya tau. Tetapi, kami ingin berkongsi perasaan terkejut apabila dapat tahu Awal digelar tamak haloba di sebuah Facebook blog hiburan terkenal.

Eh, dah kenapa? Bila kami baca, fahami dan dalami betul-betul, baru kami faham. Rupa-rupanya, peminat bengang dengan luahan hati Awal semalam.

Alah, yang kononnya Awal kesal apabila stesen TV lebih mengutamakan pelawak untuk jadi pengacara tu.

Screen Shot 2014-11-28 at 11.38.04 AM

Dek kerana statement Awal itulah, ramai yang mempersoalkan luahan hati bapa kepada Lara Alana ini. Mana taknya, sekarang kan pelawak lebih popular dari penyanyi atau pelakon mahupun pengacara.

Malah, kami lihat komen-komen tersebut, dah macam sesi meluahkan rasa tak puas hati pun ada. Siap ada yang meminta Awal beringat supaya tak tutup periuk nasi orang lain.

awal

Kalau korang nak tahu, sebelum ini melalui laporan mStar Online, Awal kesal apabila ada pihak yang menjadikan individu sepertinya sebagai pilihan kedua. Nah, ini komen Awal :

Pihak stesen televisyen sepatutnya bersikap adil dan tahu membezakan pengacara daripada golongan pelawak dan pengacara untuk rancangan serius.

Saya lihat sekarang ini pihak stesen televisyen sering memilih mereka di kalangan pelawak sebagai pilihan pertama dan pengacara serius seperti saya dipilih pada saat-saat akhir.

Perkara ini pernah terjadi kepada saya apabila saya ditawarkan mengacara sesebuah progrom apabila pelawak yang dipilih buat hal.

So, korang rasa macam mana?

SKIP THIS AD ×