berita

Awas! Ini Kesan Negatif Jika Terlalu Dedah Anak Bawah 2 Tahun Dengan Flashcards

February 12th, 2016 | by Noraniza
Make-It-Senang

flashcards

Mesti anda seringkali mendidik anak-anak untuk mengenali objek, angka dan huruf dengan menggunakan ‘flashcards’ kan?

Tapi, tahukah korang bahawasanya penggunaan ‘flashcards’ yang berlebihan semasa mendidik anak-anak dikatakan bakal mengundang kesan negatif juga seperti yang dikongsi oleh Facebook Anakibuayah ini. Erm… betul ke eh?

AWAS jika terlalu memberikan flashcards dan buku pada anak2 di bawah usia 4 tahun!

Selama ni kita asyik duk dengar yg bagi tablet dan gadgets tak bagus utk anak kecil. Tapi tak kurangnya dengan buku dan flashcards.

Anak kecil seawal usia 6 bulan memerlukan banyak rangsangan dari persekitaran. Dalam kehidupan seorang anak kecil, rangsangan deria rasa, pertutran&percakapan, sosial, emosi, kognitif, dan pergerakan haruslah seimbang seadanya utk memastikan mereka mendapat ‘pendidikan’ yg secukupnya.
Apa yg seorang anak kecil dapat jika kita ibu bapa terlalu ghairah utk memberikan ‘pendidikan’ berbentuk gambar dan hafalan kpd anak kecil?

Dengan melihat gambar, mereka tidak dpt merasai objek. Objek yg mereka dapat rasa pada ketika itu hanyalah sekeping kertas sahaja. Apa yg ada pada sekeping kertas yg ada gambar ‘banana’? Hanya kertas yg ada warna kuning dan bentuk pisang. Anak kecil tidak dapat merasa banana tersebut kerana tidak memegang objek banana. Bau banana tiada. Nak pegang banana pun tak pandai. Kemahiran motor halus tiada. Hanya pergerakan’ flip’ kertas, pegang, dan belek. Di antara input Pertuturan yg diterima pada ketika itu ialah: ‘banana’ sahaja. Jadi, anak kecil mmg boleh sebut banana, tapi tak boleh describe rasanya yg bagaimana sebab hanya belajar perkataan banana melalui sekeping kertas sahaja.

Screen Shot 2016-02-11 at 3.50.52 PM

(sekadar gambar hiasan)

Delay dari segi pertuturan, pergerakan & hubung kait sosial dengan persekitaran

Konsepnya sama mcm kalau kita dedahkan terlalu banyak hafalan huruf & nombor melalui flashcards. Anak2 ini kita kata, kita rangsang bahagian kognitif nya melalui cara ini. Sentiasa harus diberikan input huruf dan nombor sampai anak betul2 boleh hafal. Berbalik kpd komponen2 kehidupan seorang anak kecil yg saya katakan sebelum ini. Skrg ni, kita banyak bagi komponen kognitif kepada anak, sehingga komponen2 lain kita ambil ringan. Maksudnya, anak kecil hanya hebat dlm komponen kognitif dalam kehidupannya, tetapi ‘delay’ dari segi Pertuturan, pergerakan, dan hubung kait sosial dengan persekitaran.

Berbeza jika kita ikut ‘flow’ anak2 kecil yg gemar bermain dan bergerak. Bergerak mengaktifkan tingkah laku, percakapan dan kesedaran mengenai persekitaran. Bila mereka bergerak, mereka belajar yg persekitaran ini ada cabarannya. Kebolehan anak kecil utk bergerak dlm persekitaran yg mencabar ini dpt membantunya memberi kemahiran survival, problem solving dan kekuatan utk menghadapi cabaran. Bergerak membantu proses pertukaran maklumat di antara otak kiri dan kanan berlaku dengan baik dan seterusnya mengukuhkan komponen2 kognitif seperti hafalan, mengenal dan berfikiran kreatif.

Usia 4 tahun, belum boleh berkomunikasi dengan baik..

Sebab tu budak2 skrg ni banyak yg sukar utk bertutur dan bercakap dengan baik. Ada ibu bapa yg baru sedar anak mereka apabila sampai usia 4 tahun, masih belum boleh berkomunikasi dengan baik tetapi sudah boleh sebut dan kenal huruf, warna, nombor dan shapes. Ada yg lebih teruk, umur 5 tahun sudah boleh membaca, tetapi tidak mampu memberitahu ibu dan ayahnya tentang apa yg dia rasa, perkongsian perasaan, dan memberitahu apa yg dia nak. Apa yg dia tahu, hanya pegang tgn ibu dan tunjuk sahaja apa yg hendak dimakan tanpa dapat membuat ayat yg sesuai. Sedangkan anak itu sudah boleh membaca!

Jangan pandang remeh dengan aktiviti bermain dan bergerak. Buku dan gambar tidak membawa makna apa2 kpd anak2 kalau komponen kehidupan yg lain tidak dipandang serious oleh ibu bapa.

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×