Laman Utama » Berita Terkini

Tak habis lagi dengan isu sihir dan pengamalan ilmu hitam, kali ini Awie pula yang menjadi mangsa hasad dengki orang lain.

Mungkin kerana dirinya yang selalu mencetuskan masalah bersama orang lain, tidak hairanlah jika Awie disihir oleh orang lain. Mungkin juga kerana orang lain cemburu dengan kesenangan yang dimiliki Awie, siapa tahu kan? Dia yang baru sahaja selesai mengadakan persembahan di Istana Budaya bersama Ella mengadu keadaan dirinya bertambah teruk sejak akhir-akhir ini.

Menurut Harian Metro, kejadian yang terbaru berlaku terhadap Awie ketika dia sedang mengadakan persembahan di Istana Budaya minggu lepas. Sebelum ini dia hanya mengalami batuk-batuk dan bengkak kaki, tetapi tiba-tiba sahaja bulu ayam terkeluar dari mulutnya minggu lepas.

Awie sebelum ini tidak percaya akan perkara yang mistik namun selepas perkara ini berlaku terhadap dirinya dia percaya syaitan itu punca keadaan dirinya sekarang.

Saya dimaklumkan ia angkara ‘buatan orang’ yang tidak puas hati dengan saya. Sebelum ini saya tidak percaya sangat perkara mistik, namun saya yakin kewujudan syaitan. – dipetik dari Harian Metro.

Respon Pengomen Tegar Tersayang

Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.