berita

Ayah Menang Nak – Anak Hidap Kanser, Kisah Sayu Bazli UNIC Ini Buat Kami Sebak

May 23rd, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Tahniah kami ucapkan kepada kumpulan UNIC yang telah menjuarai Gema Gegarvaganza baru-baru ini. Setiap minggu kumpulan ini secara konsisten telah mempersembahkan nyanyian yang pastinya membuat penonton sebak.

Namun, siapa sangka disebalik senyuman itu, anak kepada Bazli Hazwan salah seorang anggota kumpulan nasyid itu menanggung dugaan yang sangat hebat. Muhammad Syahid khabarnya sedang dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat kanser. Dan luahan kemenangan untuk Syahid ini buat kami tersentuh.

Syahid, Ayah menang nak

SYAHID.. AYAH MENANG!! Ayah bawa pulang kegembiraan berkongsi kejayaan. Ayah menang naakk. Syahid lah sebenar pemenang2. Sepanjang 7minggu ggv suka duka memberikan yg terbaik utk penonton dan peminat, mengekalkan prestasi persembahan dinamik, memerah idea mencari kelainan identiti unic bukanlah mudah. Dalam keadaan membahagi masa antara kerja dan hal keluarga tambahan anak sakit d hospital mmg sgt menguji saya. Menguji emosi terutama sekali. Bila kita letih kita akan moody akan serba xkena. Tp sy cuba lawan dgn tenang kawal semuanya. Letih yg teramat sebab saya berulang alik dari dewan latihan then ke hospital semula kemudian show pula then ke hospital lagi begitu lah seadanya. Lewat malam letih xrehat, saya terus ke hospital semula lihat perkembangan syahid. Secara peribadi inilah kemenangan saya mengurus emosi. Satu hari bila syahid sihat.. Ayah akan cerita kisah ni pd kau naaak.
#ggv #gemagegarvaganza #syahid#bintangsyurga #juara #ggvunic

Semoga Syahid cepat sembuh dan kembali sihat

Walau Sesibuk Mana Pun, Tanggungjawab Dan Kasih Sayang Seorang Ayah Terhadap Anaknya Tidak Berpenghujung.. Marilah Sama2 Kita Doakan Syahid Segera Sembuh Dan Kembali Sihat Seperti Sebelumnya.. Dan Doakan Juga Buat @bazliunic Agar Allah Berikan Kekuatan Untuk Menempuh Hari2 Yang Mendatang InsyaAllah.. Repost from @bazliunic Alhamdulillah malam ni agak ok sikit anak ayah berbanding siang td muntah dan cirit2. Syahid masih lagi xlalu makan dh 4hri. Tiap kali berak dia akan jerit sakit nangis. Ya pugg dia luka pedih. Doktor masukan ubat yg sesuai utk Muhammad Syahid Bazli Hazwan. Walaupun malam ni suhu syahid tgh dmm panas 39.2 anak ayah masih gagahkan diri utk melawak gurau. Alhamdulillah ayah bacakan syahid beberapa surah dan syahid sambung. Ayah terharu dgn syahid. Syahid bintang syurga. Syahid inspirasi ayah!! #syahid #bintangsyurga

A post shared by UNIC (@unicofficials) on

sumber : Bazlihazwan , instagram unicofficials

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×