berita

Ayah Mertua Rita Rudaini Masuk Hospital Kerana Tertekan

May 8th, 2012 | by M
Kini Trending

Media Hiburan melaporkan kesihatan ayah mertua kepada Rita Rudaini, Abd Razak yang dimasukkan ke Hospital Tuanku Jaafar Jaafar Seremban sejak 3 Mei kerana diserang asma dan jangkitan kuman dalam darah. Abd Razak tidak menolak bahawa dia berasa sedikit tertekan dengan berita kemelut rumah tangga anaknya, Aidil Zafuan bersama pelakon, Rita Rudaini.

Pada masa yang sama, beliau turut menyatakan rasa kesal kerana banyak perkara yang kurang benar diperkatakan oleh pelakon tersebut.

Walau bagaimanapun, Abd Razak menyatakan pendirian beliau untuk tidak terlibat dalam krisis rumah tangga mereka dan mendoakan kebaikan untuk anak dan cucunya. Sekiranya tiada aral melintang, beliau dijadualkan pulang ke rumah, hari ini.

Imbas kembali, pemain bola sepak negara ini telah menfailkan penceraian terhadap Rita Rudaini melalui peguamnya di Mahkamah Syariah Petaling Jaya pada awal April lepas. Bertarikh 30 April, Rita Rudaini yang diwakili peguam syarie, Datuk Mohd. Zaidi Mohd. Zain memberitahu mahkamah dia tidak bersetuju dengan permohonan itu berikutan dia dan Aidil tidak pernah berbincang secara bersemuka sejak suaminya itu keluar dari rumah mereka empat bulan lalu. (Sumber : Utusan)

Dengan itu, mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes tersebut bagi melantik Jawatankuasa Pendamai yang dianggotai seorang wakil keluarga terdekat kedua-dua pihak.

The following two tabs change content below.

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

SKIP THIS AD ×