berita

Ayda Jebat Tak Hadap Boyfriend & Suami Orang

March 5th, 2015 | by Ai
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2015-03-05 at 11.54.16 AM

Susahnya jadi Ayda Jebat. Baru je nak meniti zaman kegemilangan, dah banyak kontroversi yang timbul.

Terdahulu, ketika dia berlakon disamping Zul Ariffin dalam drama Rindu Awak 200%, dia dituduh sengaja nak merampas Zul dari kekasihnya, Gayatri.

Artikel Berkaitan:

Terkini, tiba-tiba Ayda dikatakan menjadi punca keretakan hubungan cinta rakan artis. Dah kenapa?

Tak Halang Jika Nak Berkawan

Screen Shot 2015-03-05 at 11.55.19 AM

Memetik laporan Harian Metro, Ayda menegaskan dia tidak menghalang jika ada rakan artis yang nak berkawan tetapi dia bukan perampas seperti yang diperkatakan.

Saya peramah dan kepada mereka yang tidak kenal saya dengan rapat, mereka kata saya ‘over’ dan mengada-ngada.

Barangkali kerana sikap itu orang senang dengan saya. Kenapa saya nak halang jika mereka nak berkawan dengan saya? Namun, saya bukan perampas atau ingin menggoda suami atau kekasih orang.

Jangan Bimbang, Saya Bukan Pengacau

Screen Shot 2015-03-05 at 11.55.45 AM

Hmm, kalau ada rakan artis yang bimbang dengan Ayda Jebat, ni baca pesanan Ayda kat sini:

Kepada wanita di luar sana termasuk rakan artis, jangan bimbang, saya bukan pengacau jauh sekali untuk mengganggu hubungan cinta mereka. Ada banyak lagi cita-cita saya belum tercapai.

SKIP THIS AD ×