berita

Azwan Ali & Cercaan Berpisah Tiada. Tengah Buat Umrah Pun Dikritik Juga?

July 25th, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

azwan

Masih jelas lagi terbayang di minda ketika mahu menemubual Azwan Ali baru-baru ini berkaitan dengan kes memaki hamun juadah bazar ramadhan.

Rupa-rupanya dia tidaklah seburuk yang digembar-gemburkan. Ya. Dia memang bermulut lancang, tetapi sebenarnya dia masih lagi insan biasa yang mempunyai hati dan perasaan.

Namun, dalam keghairahan Azwan menunaikan Umrah buat kali ke-7, masih ramai lagi dilihat mengkritiknya secara terang-terangan di laman Instagramnya.

Fotor0724221933

Antara kritikan yang diterima oleh Azwan Ali

Menerusi ruangan komen, para netizens dilihat sering menyelar kelakuan Azwan yang dikatakan tidak seiring dengan ibadah yang sedang dilaksanakan.

Malah, lebih teruk lagi, ada yang menilai bahawa Azwan tidak mendapat hidayah yang sewajarnya kerana masih lagi berkelakuan tidak senonoh meskipun sudah beberapa kali melaksana Umrah.

Namun, seperti biasa, Azwan tidak mempedulikan kritikan-kritikan tersebut dan tetap meneruskan ibadahnya. Bukan mudah rupanya untuk bergelar Azwan Ali kan?

Rasanya tidak adil untuk kita menilai seseorang itu daripada luaran sahaja. Soal sama ada ibadah tersebut diterima atau tidak, ia bukanlah urusan kita, sebaliknya urusan dengan Allah SWT. Maka, sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk Azwan ya?

Kredit foto: Instagram Azwan Ali

 

 

 

 

 

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×