berita

Azwan Ali Makin Melampau, Kini Menempelak Azhar Sulaiman Semula

July 2nd, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

AASoundAS2

Haaa, nampaknya isu pasal Diva AA kita ni makin lama makin hangat! Sebelum ini kami ada kongsikan artikel mengenai pelakon Azhar Sulaiman tegur sifat Azwan Ali.

Artikel Berkaitan : Mengapalah Boleh Jadi Sampai Macam Ini – Azhar Sulaiman Tegur Sikap ‘Brutal’ Azwan Ali 

Kali ini Diva AA sekali lagi tampil untuk ‘terpis’ semula teguran  Azhar Sulaiman semalam. Menurutnya, Azwan Ali akan terima teguran mengikut level artis terbut. Waah! kalau nak tahu apa yang Diva AA cakap lagi jom baca lebih lanjut dibawah ni.

Azhar Sulaiman, It’s A shame Awak Yang Menjolok Sarang Tebuan

AASoundAS2

Menurut Azwan, Azhar Sulaiman sepatutnya menghormatinya kerana dia sudah lama berada dalam industri ini. Katanya :

Kepada Azhar Sulaiman, saya bukan tak boleh dengar nasihat, pada saya, saya tak pernah ketuk pun pintu rumah dia. Apa masalah dia?

Kau siapa nak nasihat aku, respect aku sikit. I got all my reason doing such. Jadi, kepada Azhar Sulaiman dan mana-mana artis yang nak interframe, its a shame, kerana awak yang menjolok sarang tebuan.

Kau siapa nak nasihat Azwan Ali, kau bukan Aaron Aziz, bukan Datuk Aznil. Level meraka yang nak tegur saya adalah level seperti itu, siapa Azhar Sulaiman?

Biadap!

AAsoundAS3

Selain itu, susulan dengan isu Astro Awani pula, Diva AA menyifatkan perkara tersebut sebagai satu tindakan biadap.

Saya seorang yang tidak hipokrit. Istilah yang digunakan oleh Astro Awani dan mana-mana akhbar yang menggunakan istilah ‘selepas digertak’, saya anggap biadap.

Tindakan ayah (Rani Kulup) seolah-olah menyeru saya, saya tak anggap itu ugutan, dia nak perkara itu didamaikan. Tiba masa kenapa timbulkan perkataan gertak? Ayah seorang yang nampak kebapaan cuba untuk menyelesaikan perkara ini, tapi mengapa ada pihak-pihak yang seolah-olah mahu memalukan saya?

Artikel Berkaitan : Selepas Diugut Rani Kulup, Barulah Azwan Ali Terhegeh-hegeh Nak Minta Maaf

Azwan Ali ketika ditemui dalam Majlis Preview Ramadhan #SyukurSelalu Media Prima di Hotel Istana semalam. Waah, pedas betul ayat Diva AA ni, apa pun kami harap isu ini dapat diselesaikan dengan cara yang elok dan dalam kadar yang segera. #kipidap!

Sumber : Myra Paparazzi

SKIP THIS AD ×