berita

Bagi Saya Gosip Ini Sedikit Sebanyak Ada Kebenarannya – Hans Isaac Komen Isu Neelofa Kahwin Kerabat

August 21st, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Hans-Isaac-1

Rasanya ramai dah tahu kan gosip mengenai pengacara cantik dari Kelantan, Neelofa yang dikatakan bakal berkahwin dengan kerabat raja Kelantan.

Bagaimanapun, empunya badan masih lagi mengunci mulut daripada menjawab asakan soalan daripada pihak media mengenai isu ini.

Artikel Berkaitan: Saya Tidak Mahu Sebarang Temu Ramah – Neelofa Enggan Jawab Gosip Bakal Kahwin Kerabat Diraja

Namun, bekas kekasih Neelofa, Hans Isaac tidak menolak kemungkinan gosip tersebut adalah benar. Ha.. Hans ada tau apa -apa ke agaknya ya?

Screen Shot 2014-08-21 at 10.43.59 AMNeelofa masih lagi mengelak daripada kontroversi bakal kahwin kerabat

“Bagi saya gosip ini sedikit sebanyak ada kebenarnya kerana kalau tidak benar bagaimana berita itu boleh keluar? Orang istana memang selalu menafikan perkara-perkara begitu dan kalau tidak benar kenapa dia (Neelofa) meminta untuk komen perkara itu selepas dua bulan.”

Tapi, apa yang peliknya Hans mengatakan bahawa sepanjang dia mengenali Neelofa, gadis itu seringkali menekankan bahawa dia tidak berminat untuk berkawan dengan golongan kerabat.

“Saya baru tahu tentang gosip ini sebab beberapa bulan ini saya tidak sempat untuk membaca surat khabar kerana terlalu sibuk dengan pementasan semula teater Supermokh Sebuah Muzikal.

Tetapi saya akui terkejut dengar berita ini kerana setahu saya, ketika kami berkawan dia sering kata tidak akan rapat atau berkahwin dengan golongan kerabat.”

Ha.. tak kisahlah golongan raja ke, rakyat marhaen ke mahupun golongan selebriti, jodoh itu dah ditetapkan oleh Allah SWT dan siapa kita untuk menolak kehendakNya kan? Yang penting Neelofa bahagia. Betul tak?

Sumber: Malaysian Digest

Kredit foto: Instagram Hans Isaac

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×