berita

Bahagia Dengan Dua Isteri, Ashraf Muslim Kini Bergelar Bapa

April 7th, 2014 | by Ai
Lensa Insta

Ashraf-Muslim-11

Kisah rumahtangga pelakon kacak, Ashraf Muslim sentiasa mendapat perhatian kerana dia pernah bertindak untuk merahsiakan perkahwinan kedua daripada umum, termasuklah daripada pengetahuan isteri pertamanya, Dayana.

Namun, selepas bernikah, hubungan antara Ashraf, Dayana dan Sakinah khabarnya semakin baik dan gembira apabila mendapat berita kehamilan Sakinah.

Terbaru, melalui laman sosial Instagram milik Ashraf, selebriti ini telah memuat naik sekeping foto dipercayai merupakan foto pintu wad isterinya, Sakinah.

ashraf

Melalui foto tersebut, Ashraf mengakui bahawa isterinya itu, kini berada di dalam wad selepas melahirkan anak pertama mereka pada 5 April yang lalu.

Bilik yg menjadi kenangan yang terindah dan menakutkan bagiku.. Terima kasih Allah.. Engkau permudahkan isteriku Sakinah melahirkan anak dgn sempurna sekali.

Terima kasih sangat pada isteriku Dayana kerana memberi sokongan kuat kepada kami semua.. Indahnya berkeluarga jikalau kita sama-sama mencari kebahgiaan dan merasaikan bersama-sama nya erti kebahagiaan. Alhamdulillah.. Sekali lagi terima kasih Allah dan syukur.

 

sakinah

Menerusi instagram Sakinah pula, dia turut memaklumkan telah selamat melahirkan seorang bayi perempuan secara normal seberat 2.51 kilogram.

Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kebahagiaan rumahtangga pelakon kesayangan mereka ini bahagia ke akhir hayat.

Apapun, tahniah OHBULAN! ucapkan kepada Asyraf kerana sudah bergelar bapa dan semoga ikatan keluarga yang dibina akan bertambah ceria dengan kehadiran orang baru.

SKIP THIS AD ×