berita

Bahagiamu Deritaku Dinobat Juara Lagu Ke-28

January 26th, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

 

Hafiz SuipSebentar tadi, bertempat di Stadium Putra Bukit Jalil, Anugerah Juara Lagu ke 28 (AJL 28) telah melabuhkan tirainya dalam sebuah acara gilang-gemilang yang dibanjiri lebih 20,000 orang penonton. Anugerah yang dinantikan saban tahun ini telah mempertaruhkan 12 buah lagu terbaik bagi merangkul gelaran Juara Lagu ke 28.

Dengan mengangkat tema ‘Game On’, nampaknya kesemua finalis telah berentap sebaik mungkin demi memiliki trofi berprestij tersebut.

Misi mencari sang juara telah tercapai apabila Hafiz Suip telah dinobatkan sebagai Juara Lagu ke 28 menerusi lagu ‘Bahagiamu Deritaku’. Lagu ciptaan daripada Ly dan lirik daripada Baiduri tersebut telah berjaya mengatasi 11 buah lagu lain yang turut melangkah ke pusingan akhir AJL 28.

Hyper Act

Sementara itu, naib juara pula dimenangi oleh Hyper Act menerusi lagu ‘Hanya Aku’ dan tempat ketiga dimiliki oleh Awi Rafael & Altimet melalui lagu ‘Kalau Aku Kaya’. Manakala, persembahan terbaik juga digondol oleh Hafiz Suip.

Bagaimanapun, takhta vokal terbaik miliknya telah dirampas oleh penyanyi bersuara lantang, Jaclyn Victor menerusi lagu ‘Ikut Rentakku’.

Juara AJL 28 membawa pulang trofi dan wang tunai bernilai RM35,000. Manakala naib juara dan tempat ketiga masing-masing meraih RM15,000 dan RM10,000 juga berserta trofi. Juara bagi persembahan terbaik dan vokal terbaik pula memenangi wang tunai berjumlah RM 10,000.

Dibawah ialah senarai penuh para pemenang di Anugerah Juara Lagu 28 (AJL 28)

Juara Lagu Ke 28

Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

Komposer & Penulis Lirik – LY & Baiduri

Naib Juara Lagu Ke 28

Hyper Act – Hanya Aku

Komposer & Penulis Lirik – Hyper Act & Frozen

Tempat Ketiga Juara Lagu 28

Awi Rafael & Altimet – Kalau Aku Kaya

Komposer & Penulis Lirik – Omar K, Audi Mok & Altimet

Persembahan Terbaik

Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku

Vokal Terbaik

Jaclyn Victor – Ikut Rentakku

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×