berita

Bakal Berkahwin Ogos Ini, Siapakah Lelaki Misteri Yang Berjaya Pikat Tunku Tun Aminah?

July 16th, 2017 | by Ash Nordin
Kini Trending

Tiada angin tiada ribut, hari ni kita dikhabarkan berita gembira bila Tunku Tun Aminah, puteri kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar dan Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah akan berkahwin pada 14 Ogos ini.

Kami pasti rakyat Johor tak sabar nak tengok majlis persandingan Tunku Tun Aminah ni nanti. Tapi siapakah gerangan lelaki yang berjaya tackle hati Tunku Tun Aminah ni? Yang kami tahu, bakal suami orang dari Belanda.

Umur 28 tahun, anak kedua daripada tiga adik beradik

Bandar Amsterdam (Sumber foto: Google images)

Menurut Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli berkata Dennis Muhammad atau nama asal Dennis Verbaas merupakan anak kepada pasangan Martin dan Henriette Varbaas.

Dennis dilahirkan pada 1 Mei 1989 di sebuah bandar berdekatan Amsterdam. Dennis juga merupakan anak kedua daripada tiga adik beradik.

Ambil bidang kejuruteraan

(Sekadar gambar hiasan)

Dennis terima pendidikan di Floretti College Hillego The Netherlands, seterusnya menyambung pelajaran vokasional dalam bidang kejuruteraan mekanikal di ROC Leiden, The Netherlands.

Telah memeluk Islam 2 tahun lepas

Tambah Abdul Rahim, Dennis Muhammad telah memeluk Islam pada 13 Mei 2015 di Pejabat Kadi Johor Bahru serta dipimpin oleh pegawai agama untuk mempelajari Islam, seperti solat, berpuasa, mengaji Al-Quran, pengajaran akhlak dan tulisan jawi selain dididik dalam Bahasa Melayu, budaya, etika dan juga protokol istana.

Abdul Rahim berkata;

Mulai tahun ini, Dennis Muhammad diasuh dan dipimpin oleh keluarga angkat yang diperkenan tuanku. Jadual pelajaran agama ditambah dan prestasi beliau sentiasa dipantau oleh panel guru dan pendidik Jabatan Agama sehingga mencapai taraf yang diperkenankan. Dennis Muhammad lulus cemerlang dalam ujian tulisan, lisan dan praktikal.

Gemar main bola sepak

(Sekadar gambar hiasan)

Untuk pengetahuan anda, Dennis Muhammad bekerja dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor sebagai Pengurus JDT Concept Store and Cafe. Selain itu, dia juga merupakan memegang jawatan sebagai Pengurus Pemasaran Kelab Bola Sepak Tampines Rovers Singapura. Hobinya adalah bermain bola sepak.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×