berita

Batman Hinggap Di Gua Pavilion, Kuala Lumpur. Ini Memang Rare!

May 29th, 2014 | by Ai
Make-It-Senang

Batman 75 Years Celebration-46

Haaa, ini adalah berita baik buat ibu bapa yang masih tak tau nak buat aktiviti apa untuk anak-anak sepanjang cuti sekolah.

Dah jangan pening-pening kepala lagi, bawa sahaja anak kesayangan ke pusat membeli-belah Pavilion di Kuala Lumpur untuk meraikan Ulangtahun Batman ke-75 yang berlangsung pada 28 Mei hingga 15 Jun 2014.

Bukan saja anda dapat melihat evolusi pembikinan Batmobile yang canggih secara hologram di dalam Batcave unik, ada juga peluang mengambil gambar dengan maskot Batman yang menyerupai hero sebenar! Memang seiras saling tak tumpah.

Batman 75 Years Celebration-47

Menariknya, segala macam kostum dan replika direka khas menepati konsep pameran tersebut. Senang cerita, anda akan rasa seolah-olah sedang berada di dalam filem Batman itu sendiri.

Kalau ada yang tak berapa ingat tentang asal kewujudan Batman, jangan risau sebab penganjur juga menyediakan sudut istimewa ‘History of Batman’ dan turut menampilkan side-kick yang lain seperti Robin, Joker, Catwoman dan Harley Quinn.

Dalam masa yang sama, jangan ketinggalan untuk memenangi pas percutian untuk dua orang ke Warner Bros. Movie World di Gold Coast, Australia dengan membeli-belah sebanyak RM500 menggunakan VISA Card di kedai-kedai terpilih.

Batman 75 Years Celebration-24

Oh ya, merchandise limited edition juga dijual secara eksklusif di pameran antarabangsa ini. So, bolehlah anda dapatkan T-Shirt Batman yang bergemerlapan dengan kristal Swarovski. Kasi silau sikit mata orang yang pandang. Lol!

Apapun, jom tengok gambar-gambar sepanjang pelancaran Ulangtahun Batman ke-75 yang diadakan semalam.

SKIP THIS AD ×