berita

Bayangkan Jika 5 Karakter X-Men Ini Adalah Dari Malaysia…. Amacam? Boleh Jadi Superhero Tak?

May 13th, 2016 | by Noraniza
Kini Trending

rani kulup msia

Nampaknya demam X-Men: Apocalypse bakal melanda Malaysia 19 Mei ini. Maka, sebelum korang semua overexcited nak menonton X-Men: Apocalypse di pawagam, apa kata kita survey siapakah yang terpilih untuk jadi karakter dalam X-Men jika semua pelakon adalah dari Malaysia.

Cuba korang tengok sesuai ke tak?

1. Charles Xavier / Professor X

prof x

Kenapa kami pilih Ayahanda Rani Kulup sebagai watak Professor X? Sudah tentu sebab dia adalah individu yang agak popular di Malaysia dengan imej yang lain daripada yang lain.

Bersesuaian dengan watak Professor X, Rani Kulup juga adalah Presiden Pertubuhan Jalinan Muhibbah Malaysia (MJMM). Cool kan kalau Ayahanda Rani Kulup jadi Professor X?

2. Ororo Munroe / Storm

storm

Kalau Storm boleh kawal cuaca, di Malaysia pun apa kurangnya. Nah, kami bagi ‘bomoh hujan’!

bomohh

3. Erik Lehnsherr / Magneto

magneto

Mungkin ada antara korang yang tak kenal Uncle Liew Thow Lin ni. Kisahnya, uncle ni dikenali sebagai ‘lelaki magnet’ kerana boleh melekatkan besi seberat 36kg di badannya!

4. Peter Maximoff / Quicksilver

quick 3

Hei! Di Malaysia pun ada manusia pantas tau! Buat pengetahuan korang, setelah 17 tahun rekod raja pecut Malaysia dalam acara 100 meter yang dipegang oleh Watson Nyambek (10.30s) yang direkodkan pada 1998, akhirnya rekod berkenaan telah berjaya dipecahkan oleh seorang raja pecut baru Malaysia.

Pelari pecut Badrul Hisham Manap, 18 yang berasal dari Melaka telah berjaya mencipta rekod baru kebangsaan acara 100m apabila merakam 10.29s dan berjaya memenangi pingat emas di Kejohanan Sukan Sekolah Asean (ASG2015) di Bandar Sri Begawan (Brunei).

Sumber: Astro Awani

raja pecut 2

5. Raven Darkholme / Mystique

mystique 2

Apa superpower Mystique ni? Mystique berupaya mengubah rupa bentuk dirinya. Macamana pula dengan bakat-bakat terpendam di Malaysia? Yes. Kami ada satu calon sesuai! Didie Alias juga mampu mengubah rupa bentuk!

didie alias

Ha.. Ini baru ada lima orang yang kami rasa sesuai untuk menggantikan karakter X-Men: Apocalypse. Korang ada idea lagi? Kalau ada, korang komen atau lagi best kalau korang dah siap edit gambar individu-individu tersebut dalam karakter X-Men: Apocalypse!

Saksikan X-Men: Apocalypse bermula pada 19 Mei nanti!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×