berita

Bekas Suami Jawab Isu Berhutang Puluhan Ribu Dengan Abby Abadi

September 23rd, 2014 | by Noraniza
Isu & Kontroversi

Screen Shot 2014-09-23 at 10.39.42 AM

Meskipun sudah tidak lagi bergiat aktif dalam dunia hiburan, nama Abby Abadi nampaknnya masih lagi hangat diperkatakan di dada-dada akhbar.

Mana taknya, wanita ini seringkali dihambat pelbagai kontroversi, lebih-lebih lagi soal kahwin – cerai. Seperti yang ramai sedia maklum, perkahwinan Abby Abadi dengan Farhan juga berakhir dengan perpisahan.

Malah, beberapa hari lalu, Abby juga telah membuat satu laporan polis terhadap bekas suaminya itu berikutan sikap lepas tangan dalam soal hak milik kereta dan wang. Katanya, Farhan berhutang sehingga puluhan ribu dengan Abby?

Screen Shot 2014-09-23 at 10.41.04 AM

Abby tidak mahu terima separuh bayaran hutang daripada Farhan

“Saya pernah minta untuk bayar sebahagian wang berkenaan tetapi dia enggan menerimanya dengan alasan jumlahnya terlalu sedikit. Saya benar-benar kesal dengan sikapnya itu.

Saya masih bersabar dengan segala tindakannya kerana memikirkan dia mempunyai anak-anak dan saya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.Hendak melawan semula saya tidak tahu untuk pergi ke saluran mana tambahan pula faktor kewangan yang terhad.”

Menerusi laporan mStar Online lagi, Farhan pernah cuba menjelaskan sebahagian hutangnya namun dengan bayaran sebanyak RM 5,000 namun telah ditolak Abby yang mahu menuntut dia melangsaikan semua hutang berkenaan sekali gus.

Farhan bagaimanapun menafikan bahawa dia berhutang sehingga puluhan ribu ringgit dan mendakwa bahawa Abby sengaja berniat mahu menjatuhkan reputasinya.

Kredit foto: Instagram Abby Abadi

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×