berita

Berang Dengan Pembuli Siber, Akim Ahmad Sindir Pengguna Akaun Palsu Di Twitter

March 27th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

akim

Macam-macam hal yang berlaku berkaitan insiden MH370 sejak kebelakangan ini. Dalam pada masyarakat bersedih dan masih menangisi kenyataan pahit mengenai kehilangan pesawat itu, timbul pula perkara lain yang kurang enak melibatkan media sosial.

Biarpun bagi sesetengah orang, aktiviti membuli di laman siber hanyalah masalah picisan dan sering dipandang ringan, namun disebabkan kurang diambil perhatian jugalah pernah ada beberapa kes bunuh diri akibat tidak tahan dibuli.

Barangkali disebabkan itu, penyanyi dan pelakon, Akim Ahmad kelihatan berang apabila terdapat individu tidak bertanggungjawab menghamburkan kata-kata kesat dan kasar kepada pemilik akaun Twitter yang lain.

zharif21

Segalanya bermula selepas individu berkenaan yang dikenali menerusi akaun Zharif Hakim (@zharif32) menulis sesuatu yang biadab kepada anak Ketua Pramugara MH370 iaitu Maira Elizabeth Nari.

Akaun itu bagaimanapun sudah tidak aktif sebaik menerima cemuhan dan kritikan pedas dari kebanyakan pengguna laman sosial yang lain yang prihatin terhadap isu ini.

Malangnya, aktiviti pelik berkenaan tidak hanya terhenti setakat itu sahaja apabila Zharif Hakim dipercayai telah membuka akaun lain atas nama Bob Saza pula dan kembali menggunakan Twitter sebagai platform untuk membuli.

Screen Shot 2014-03-26 at 21.07.17

Difahamkan kedua-dua akaun itu dibuka menggunakan identiti palsu dan tidak menggunakan gambar sebenar sebagai melindungi diri.

Disebabkan itu jugalah, Akim bertindak menegur dan menasihati budak lelaki itu supaya lebih menghormati orang dan belajar cara-cara beradab daripada ibu bapanya.

Screen Shot 2014-03-26 at 21.06.31

Bukan setakat Akim, selebriti lain juga pernah membantah keras aktiviti buli siber seperti ini, namun ia tetap jua berterusan seolah-olah golongan ini seronok melihat kesengsaraan orang lain.

SKIP THIS AD ×