berita

“Berani Punya Budak” Filem Komedi Barai Habis

April 10th, 2012 | by M | 22 comments
Filem By UIP

Bagi penggemar filem komedi tempatan, sudah pasti mereka sentiasa menantikan kemunculan filem-filem komedi bermutu di layar perak. Yang paling diamati, tentu sekali para pelakon yang membintangi filem-filem tersebut sama ada boleh memberikan mereka kepuasan dalam bergelak ketawa.

Menerusi filem ‘Berani Punya Budak’ ini, bukan ada seorang dua pelakon komedi yang berstatuskan gempak tapi lima orang! Boleh tak anda bayangkan kegamatan gelak ketawa anda berkumandang di dalam panggung nanti?

Afdlin Shauki bukan saja pengarah kepada filem ini tetapi juga merupakan penggerak utama penceritaan. Bersama-samanya adalah teman-teman seangkatan yang sekepala dengannya, Johan dan Nabil yang tidak perlu lagi dipersoalkan kehebatan mereka dalam berlawak. Tidak cukup dengan itu, Awie dan Adlin Aman Ramli bakal menambah seksa penonton untuk mengeluarkan gelakan tahap maksimum.

Namun, filem ini bukanlah sekadar berlandaskan komedi. Penonton sedia maklum bagaimanakah karya yang dihasilkan Afdlin Shauki sebelum ini. Idea gila-gilanya masih hebat mendorong penonton untuk menyerbu panggung. Walaupun ini kali pertama Adlin mengarahkan filem bercorak aksi komedi tetapi hasilnya adalah amat memberangsangkan.

Gabungan aksi dan komedi benar-benar memberikan kepuasan berganda kepada penonton yang sama ada meminati genre aksi mahu pun genre komedi. Inilah baru ada stail.

Lebih menarik, filem ini sebenarnya adalah kerjasama bersama produksi Thailand memandangkan filem itu turut akan ditayangkan di negara Gajah Putih itu. 90 peratus lokasi penggambaran filem ini juga telah dibuat di Thailand maka adalah tidak sah jika tidak meletakkan pelakon-pelakon Thailand menghiasi filem ini.

Mike B, yang pernah membintangi filem ‘Ong Bak’ dan ‘Batman Begin’ mendapat kepercayaan penuh Afdlin untuk menjadi pendampingnya di dalam filem ini. Seorang yang pakar berkomedi bergandingan dengan seorang pakar memberi aksi. Memang padan.

Filem yang bakal mengganas di pawagam bermula 26 April ini menceritakan bagaimana Pairote (Mike B) yang terpaksa menceroboh sebuah syarikat kad kredit antarabangsa untuk mencuri data-data pelanggan mereka demi menyelamatkan abang iparnya, Tong (Afdlin Shauki) yang diculik oleh kumpulan mafia.

Walaubagaimana pun, kumpulan mafia itu tetap ingin membunuh Pairote dan Tong setelah Pairote berjaya mendapatkan data-data dari syarikat kad kredit terbabit. Pairote dan Tong berusaha melarikan diri walaupun hampir terkandas. Namun kemudiannya mereka kembali mencari kumpulan Mafia tersebut dan bersedia untuk bertarung demi mendapatkan jawapan mengapa mereka dipergunakan kumpulan terbabit untuk menceroboh syarikat kad kredit antarabangsa itu.

Cerita yang penuh dengan aksi ini bakal memperlihatkan kepada penonton betapa hebat pelakon-pelakon komedi Malaysia mempamerkan aksi mereka selain mempunyai kepakaran dalam berkomedi. Nabil dan Awie sendiri memegang watak sebagai ahli kumpulan Mafia manakala Johan dan Adlin Aman Ramli masing-masing memegang peranan sebagai detektif.

Bukan mudah membawa peranan yang serius tetapi dalam waktu yang sama tetap menyampaikan komedi mereka dengan cara yang bersesuaian dengan perwatakan mereka. Inilah cabaran yang perlu dipikul mereka menerusi filem ini.

Sebuah filem Vision Works (M) Sdn Bhd dengan kerjasama Ismail Holdings, ‘Berani Punya Budak’ ini menjanjikan debaran dan ketawa yang sebati melalui penghayatan penonton. Tiada istilah bosan yang akan melanda penonton ketika menyaksikan filem aksi komedi ini.

Sedia mengganas di pawagam bermula 26 April ini, saksikan bintang-bintang komedi dengan aksi gila-gila mereka yang bakal membuat penonton tersandar kerana kagum dengan ketrampilan aksi-aksi hebat dan juga kerana letih bergelak dengan hidangan komedi mereka.

M

M

Founder OHBULAN! yang kini bergiat secara serius dalam industri media & pengiklanan. Beliau membantu para klien mencapai pelanggan yang berpotensi melalui kempen pengiklanan secara menyeluruh dan berkesan.

22 Comments

  1. tips2all says:

    pasti gempak bila pelakon-pelakon hebat berlakon dalam cerita ini..tak sabar nak tengok nanti..

    (0)
  2. jeff says:

    oooo..filem ni macam sambungan cerita versi thailand dulu ni..

    (0)
  3. nas-T says:

    Poster tiru stail GTA. typeface pun sebijik.

    (0)
  4. i luv lemonate says:

    uih nk tgk la..cam best je..lgpun afdlin shauki slalu cite best..len ler cam david teo tuiii…

    (0)
  5. i luv lemonate says:

    cam best je..nk tgkkkkkkkkk laaaaaaaaaaa

    (0)
  6. poster ala-ala GTA. damn.

    (0)
  7. Sugar_Firamand says:

    What the hell is this helled .. barai it mean hancur..xboleh pakai..@ xbest.. when i see the title of this article.. Berani Punya Budak” Filem Komedi (Barai Habis) = hancuss… i thought the film is so bad..n non great..when i read the content of the article it vise versa from the title..

    it so deep badly if fellas donno the real mean of johor slange language…
    i repeat the mean of barai habis is refer to damn bad..n useless.
    the title should write as ‘Berani Punya Budak’ Filem Komedi Pukul Rata Habis..

    I know i’ talks to much..this is the 2nd frustration after what Caprice do with Chickaro Song..
    Y don he learn about the johor slange language 1st before produce the song..

    FYI.. Chickaro mean perempuan kotor @ chia rosak @ one night stand girl…

    Saya angkat satu tangan kasi lindung kening..

    Bubye n Salam.

    (0)