berita

Berhenti Bela Anjing, Baca Kisah Nenek Cina Yang Punyai Cucu Beragama Islam Ini.. Respect Betul

May 4th, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

huhuu

Setiap agama yang kita pegang tidak pernah mengajar untuk kita berbuat jahat. Kita hendaklah ada rasa hormat dan faham kepercayaan agama lain. Seperti nenek yang beragama Cina ni, dia mempunyai cucu yang beragama Islam seramai 11 orang. Tetapi dia tetap jaga pantang larang dan kepercayaan orang Islam.

Oleh dari hal itu juga, nenek ni berhenti membela anjing serta menghantar cucu-cucunya ke sekolah agama. Wahh, respect betul dengan nenek ni. Baca untuk kisah lanjut. Murninya hati nenek ni.

Sudah tak bela anjing lepas jaga cucu beragama Islam

Screen Shot 2016-05-04 at 2.45.42 PM

Foto kredit: Sinar Harian

Berpandukan sirah Nabi Muhammad, nenek yang bernama Tan Guan Neo (71 tahun) dengan seluruh kudrat menjaga cucunya Fahira Nabilah Isham seperti darah dagingnya sendiri tanpa mengabaikan pendidikan agama Islam cucunya itu sejak 20 tahun lalu.

Nabi Muhammad siapa yang jaga? Bapa saudara dia bukan Islam, jadi apa salahnya saya jaga darah daging sendiri

Disebabkan ibu dan bapa Fahira tidak sihat, saya ambil dan jaga Fahira masa dia umur empat bulan sementara dua lagi adik lelaki Fahira sekarang berumur 11 dan 18 tahun dijaga oleh besan saya di Jasin.

Untuk pengetahuan anda juga, kerana atas rasa hormat agama yang dianuti cucunya, Guan Neo atau lebih mesra disapa Popo sanggup membasuh rumahnya dengan air tanah serta berhenti membela anjing. Walaubagaimana pun, Popo telah kehilangan suaminya dua tahun lalu akibat denggi berdarah.

Masa nak jaga Fahira, saya tanya anak sulung (Faridah Nurul Ain, 51) apa yang perlu saya buat kalau mahu jaga orang Islam dan Ain pun beritahu apa yang boleh dan tak boleh termasuklah basuh rumah dengan air tanah.

Ada juga pinggan mangkuk dan cawan yang dibuang dan sejak itu juga saya dan suami sudah tak bela anjing.

Ajar cucu puasa seawal usia lima tahun

Screen Shot 2016-05-04 at 2.45.27 PM

Foto kredit: Sinar Harian

Menurut Popo, dia telah mengajar cucunya berpuasa pada usia lima tahun. Walaupun mereka berlainan agama, dia mahu cucunya itu bukan sekadar mengenali Islam, malah turut mempraktikkan ajaran Islam sekaligus jadi penganut agama Islam yang terpuji.

Saya sendiri hantar dia sekolah agama, hantar dia mengaji walaupun hujan dan saya pukul dia kalau tak solat masa kecik-kecik dulu sebab saya mahu dia kenal agamanya dan hidup dengan beragama.

Saya mahu dia berjaya, ada pendidikan dan saya bersyukur Fahira sudah khatam tiga kali, boleh sembahyang dan baca Quran selain sekarang ini belajar jurusan Sains Komputer di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jasin.

Saya selalu doa, kalau sudah sampai masa saya pergi, biarlah ketika itu Fahira sudah bertemu jodoh dengan lelaki yang baik untuk dia bergantung hidup kerana bapanya sudah meninggal dunia dan ibunya pula sakit.

Dua daripada lima anak perempuan juga masuk islam

Selain itu, popo juga berkata bahawa ibu Fahira kini sedang mengidap sakit mental. Dua daripada lima anak perempuannya juga telah bertukar agama termasuk lah anak sulungnya Faridah Nurul Ain atau lebih dikenali dengan nama Ain.

Ain telah terima hidayah sejak dari sekolah menengah lagi.

Dulu saya dan suami kerja di Tebong sementara Ain belajar di Sekolah Tengku Besar Tampin. Ada satu hari dia balik rumah pakai tudung. Masa tu saya dan suami marah-marah juga dan risau kalau dia mahu kahwin.

Tapi Ain terangkan dia tukar agama kerana agama bukan kerana kahwin dan sejak itu saya dan suami terima walaupun jiran-jiran mengata dan mencemuh saya sekeluarga.

Selepas bertukar agama, Ain juga tinggal dengan ibu angkatnya di Kuala Pilah dan berkahwin dengan lelaki Melayu lima tahun kemudian.

Harap dapat balasan di akhirat

Nenek ini juga berkata walaupun tiga anak beragama Islam dan menjaga cucu berlainan agama, ia tidak menghalangnya untuk mengamalkan ajaran Buddha.

Setiap agama suruh manusia jadi baik, jadi saya harap amalan baik saya kalau tak dibalas di dunia, dapat balasan di akhirat.

Sumber: Sinar Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×