berita

Bersih 4.0 : 5 Perkara Yang Korang Boleh Cerita Pada Generasi Akan Datang

August 29th, 2015 | by Ash Nordin
Kini Trending

Bersih4.0

Seperti yang kita semua tahu, mulai hari ini sehingga 30 haribulan nanti, berlaku sekali lagi perhimpunan besar bagi menentang kerajaan Malaysia Bersih 4.0

Sejak pagi tadi, Bandaraya Kuala Lumpur telah dibanjiri dengan rakyat memakai baju berwarna kuning yang melambangkan protes terhadap sistem kerajaan Malaysia. Mungkin ada yang masih kurang jelas maklumat lanjut mengenai perhimpunan ini.

Jadi disini kami akan kongsikan beberapa perkara tentang Bersih 4.0 yang korang perlu tahu.

1. Diketuai Oleh Maria Chin Abdullah

Bersih-4.0-Maria-Chin-Abdullah-Merdeka-Day

Sebelum ini, Perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai oleh bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk S. Ambiga diadakan hasil gabungan beberapa badan NGO iaitu  Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Women’s Development Collective (WDC) and Writers Alliance for Media Independence (WAMI) bagi menuntut pembaharuan pilihanraya di Malaysia.

Manakala bagi perhimpunan Bersih 4.0 pula diketuai oleh Presiden WDC, Maria Chin Abdullah.

2. 5 Matlamat Bersih 4.0

Bersih 4.0-6Bersih 4.0-22Bersih 4.0-5

5 tujuan dan matlamat perhimpunan ini adalah pilihan raya yang bebas dan adil, kerajaan yang telus, hak rakyat untuk mendemonstrasi, mengukuhkan sistem demokrasi berparlimen dan menyelamatkan ekonomi negara

3. Lokasi Bersih 4.0 : Kuala Lumpur, Kota Kinabalu Sabah & Kuching Sarawak

Bersih 4.0-3 Bersih 4.0-2 Bersih 4.0-12 Bersih 4.0-13 DataranMaybank

Bagi di Kuala Lumpur, 5 kawasan di KL ialah : Dataran Maybank , Sogo KL, Pasar Seni, Brickfields & Masjid Negara

Di Sabah, mereka tiada tempat spesifikasi di lakukan di Kota Kinabalu manakala di Kuching pula ia dilakukan di Padang Merdeka, Tanjung Lipat

4. Bertembung Dengan Hari Kemerdekaan

Bersih 4.0-7 Bersih 4.0-9 Bersih 4.0-19

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menegaskan bahawa penghormatan seharusnya diberikan kepada ramai yang berhak menerima penghargaan menjelang sambutan ulangtahun hari kemerdekaan yang ke-58.

Kita semua sedia maklum sebuah perhimpunan tunjuk perasaan dirancang untuk diadakan pada masa dan tempat di mana persediaan perarakan hari kemerdekaan akan dijalankan.

Jika mahu berhimpun sekalipun, pilihlah masa dan kawasan yang tidak mencetus satu provokasi.

Walau apa pun perbezaan pendapat atau fahaman di antara kita, hari kebangsaan tidak seharusnya dijadikan pentas perselisihan politik

5. “Bear in mind, this is a peaceful assembly” – Maria Chin

Bersih 4.0-21Bersih 4.0-10 Bersih 4.0-27Screen Shot 2015-08-29 at 14.20.55

Pihak berkuasa telah menyarankan Bersih 4.0 dilakukan di tempat berlainan seperti di Stadium Negara, Bukit Jalil bagi memberi ruang untuk persediaan sambutan hari kemerdekaan nanti.

Pihak Dewan Bandaraya KL juga menyarankan agar ia dilakukan selepas hari kemerdekaan. Bagaimanapun Presiden WDC Maria Chin Abdullah akan memastikan bahawa tiada apa sebarang perkara yang tidak diingini berlaku.

We know for Merdeka celebrations the preparation is going on. We will not disturb it because we still respect Merdeka Day

Kami tahu bahawa persediaan sambutan Hari Kemerdekaan sedang dijalankan. Kami tidak akan membuat sebarang gangguan kerana kami masih lagi hormat Hari Kemerdekaan

Bersih 4.0 Di Melbourne

Bersih 4.0 bukan sahaja diadakan di Kuala Lumpur, Kuching dan Kota Kinabalu tetapi di beberapa lokasi di seluruh dunia antaranya di Melbourne.

Bersih 4.0 Di Malaysia

Bersih4.0-3 Bersih4.0-12 Bersih4.0-13

Sumber : Astro Awani, KiniTV

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×