berita

Bertanding Lagi, Shila Jadi Saingan Penyanyi Popular Di I Am A Singer

February 21st, 2014 | by Noraniza
Kini Trending

Screen Shot 2014-02-20 at 4.52.38 PM

Ternyata, penyanyi berusia 23 tahun yang juga berbakat dalam bidang penulisan lirik ini tidak pernah rasa lelah untuk terus mencipta nama di persada antarabangsa.

Mana taknya, selepas kejayaan merangkul anugerah juara di Asian Wave 2012, Shila Amzah kini menyertai sebuah lagi pertandingan program realiti nyanyian di China yang diberi nama I Am A Singer.

Format program yang telah masuk musim kedua ini dilihat lebih sukar berbanding program realiti yang lain kerana terdapatnya sesi penyingkiran dan juga kemasukan peserta baru setiap minggu.

Screen Shot 2014-02-20 at 5.06.40 PMYu Quan, bekas juara I Am A Singer musim pertama

Untuk makluman semua, bukan calang-calang peserta yang layak untuk menyertai pertandingan ini kerana mereka dipilih berdasarkan pencapaian karier masing-masing di peringkat antarabangsa.

Dan nampak gayanya, Shila Amzah terpaksa berentap dengan penyanyi wanita dari Hong Kong, G.E.M yang setakat ini dilihat menguasai pertandingan setelah 3 kali bergelar juara pusingan.

Screen Shot 2014-02-20 at 3.53.51 PMPoster rasmi pertandingan I Am A Singer

Mengakui bahawa dirinya berasa gentar apabila menerima jemputan menyertai pertandingan tersebut, Shila Amzah ketika ditemubual di sebuah rancangan televisyen China itu bagaimanapun memberitahu bahawa dia akan cuba melakukan yang terbaik dalam persembahannnya malam ini.

“Saya sedar mereka tidak berapa mengenali saya dan berharap mereka akan berpeluang untuk melihat saya lebih kerap lagi selepas ini.

Saya juga berharap agar mereka seronok dengan persembahan saya. Saya melakukan ini semua hanya untuk kebaikan industri seni dan juga kerana ianya adalah minat saya.”

Sudah semestinya, peminat tegar penyanyi ini tidak lekang untuk memberikan kata-kata semangat di laman Twitternya dan mengharapkan agar Shila Amzah dapat membawa pulang kejayaan menerusi pertandingan itu.

Screen Shot 2014-02-20 at 3.50.47 PMLaman Twitter Shila Amzah dibanjiri ucapan peminat

Berita baik bagi mereka yang ingin melihat persembahan Shila Amzah pada jam 8 malam ini, anda boleh menontonnya secara online di sini.

Sebelum itu, mari kita lihat terlebih dahulu sesi temubual Shila Amzah dan juga video persembahan pesaing terdekatnya, G.E.M.

Video persembahan G.E.M

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×