Laman Utama » Berita Terkini

Sebentar tadi kami dikhabarkan oleh satu sumber yang rapat dengan Betty Rahmad yang juga adik kepada pelakon, Umie Aida & Erma Fatima telah disamun.

Pada hari Sabtu lepas, Betty Rahmad baru sahaja pulang dari rumah Nora Danish ketika dia disamun di sekitar Jalan Ampang. Kejadian yang berlaku dalam sekelip mata itu benar-benar mengejutkan Betty Rahmad yang baru saja keluar dari perkarangan kondominium Nora Danish.

Ketika Betty sedang berhenti di persimpangan, 2 orang penunggang motorsikal datang dari belakang dan terus memecahkan cermin di bahagian kiri kerusi penumpang hadapan. Kejadian itu berlaku terlalu pantas dan Betty yang panik hanya melaporkannya kepada polis setelah pulang ke rumahnya di sekitar Mont Kiara. Kesemua barang seperti dompet dan kad pengenalan telah disamun namun begitu telefon bimbit Betty selamat kerana ada bersamanya ketika kejadian.

Bukan setakat itu, penyamun bermotosikal ini benar-benar merbahaya kerana cermin kereta Betty telah di-tinted dengan lapisan anti-smashed, namun begitu, kerana impak yang kuat, cermin ini berjaya dipecahkan. Seram iols tengok gambar cermin kereta Betty yang pecah.

Tetapi, bukan berita ini yang mahu OHBULAN! tekankan, apa yang paling penting ialah pesanan kepada kaum wanita dan tidak lupa juga lelaki. Kejadian seperti ini boleh berlaku dimana-mana dan kepada siapa saja jika anda cuai.

Pesanan OHBULAN!, pastikan tiada barang berharga di kerusi penumpang jika anda memandu seorang diri. Kunci kereta anda dan pastikan tingkap tertutup jika anda berhenti dimana-mana. Kita tidak akan tahu siapa yang akan menjenguk tingkap kereta kita. Jadi, beringatlah sebelum terkena.

Artikel Berkaitan

  • No related posts.
  • Respon Pengomen Tegar Tersayang

    Ini adalah blog awam. Komen yang tidak sesuai akan dipadamkan. Sila baca polisi Syarat Interaksi Komen. Dengan meninggalkan komen, anda telah pun bersetuju dengan polisi tersebut. Semua komen terikat dengan undang-undang kerajaan Malaysia. IP anda akan dilog untuk tujuan undang-undang.

    Lagi Artikel OHBULAN!

    Hijabster : Tips Penjagaan Rambut Bagi Hijabster